Manusia Cepat Mengadili Tanpa Meneliti, Itu Yang Mudah Jatuhkan Hukum.

Oleh: Zuzu Yasmine

Benarlah kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada berharap kepada apapun yang kita mahukan. Adakala kita sedar di akhir pengharapan itu bakal hadir kekecewaan, namun tidak salah jika teruskan juga, mana tahu ada keajaiban berlaku dan pengharapan itu bakal menjadi kenyataan? Biar seperit mana masa lalu yang pernah kita korbankan suatu ketika dulu, tiada siapa yang tahu dan peduli tentang semua itu. Apa yang mereka tahu, hidup kita nampak indah sahaja, seakan tiada masalah walau seinci. Mungkin kerana senyuman yang tidak pernah berhenti menari di wajah kita.



Tak semua yang perlu kita ceritakan kepada orang lain meski orang terdekat, adakala kita perlukan ruang untuk diri sendiri selesaikan masalah yang terbuku di hati. Adakala kita mahukan keputusan dari kita sendiri terhadap sesuatu tanpa pendapat daripada orang lain. Adakala rahsia itu perlu. Tapi orang sekeliling lebih suka mendesak untuk kita luahkan apa yang terpendam, benar mereka mahu menolong namun mereka tak berada di situasi itu. Adakah mereka benar-benar faham? Atau hanya sekadar bersikap prihatin sahaja?



Sahabat baik adalah antara orang yang kita sering berkongsi apa-apa termasuklah masalah dalam perhubungan kita dengan kekasih. Namun sebagai sahabat baik, perlu juga faham jika terdapat waktu-waktu yang tidak ingin dikongsikan masalah bersama kita. Jangan terlalu memaksa untuk mengetahui kesulitan yang dialami, sikap ini juga dikira memahami. Dia akan selesa berkongsi apabila sudah bersedia dan dalam keadaan tenang.

Sebagai orang sekeliling yang peka, kita seharusnya meneliti, bertanya, bukannya mengadili sesiapa yang kelihatan seperti bermasalah. Selepas bertanya, jika jawapannya tiada masalah yang serius, maka berdiam sajalah. Tidak perlu menghukumnya atau membuat kesimpulan sendiri tentang dirinya. Kita semua manusia yang punyai rasa yang sama, adakala kita perlukan teman untuk bercerita, adakala tidak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen