Baik Pulih Hubungan Yang Retak, Kalau Ada Keinginan Hati Yang Tawar Pun Boleh Bersemut Kembali.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak lepaskan sayang, nak simpan pun belum tentu kuat. Ini adalah tanda-tanda bahawa hubungan anda telah retak. Tapi kerana perasaan sayang itu membuatkan anda dan dirinya masih memerlukan antara satu sama lain. Nak-nak lagi kalau sudah banyak perkara yang kalian lalui bersama, bertahun bersama itu semua membuatkan anda sayang melepaskannya.

Tapi untuk terus menerus dia berada di sisi bukanlah satu perkara yang mudah. Anda kecewa malah rasa seperti tawar hati dengan sikapnya. Ini selalu sangat terjadi apabila hubungan itu telah bertahun-tahun lamanya.



Perkara-perkara ini sebenarnya boleh dirawat melalui diri anda dan juga pasangan. Cuma macam mana nak merawatnya? Begini caranya;

1. Ada keinginan.

Perkara yang perlu ada dalam diri setiap pasangan iaitu keinginan untuk berbaik dan keinginan untuk bersama. Jika salah seorang tidak ada perkara ini belum tentu lagi ia mampu merawat segala luka yang ada di dalam hati itu. Kalau tak ada keinginan ia akan membuatkan kalian tidak boleh berbaik semula.

Malah jika tiada keinginan antara keduanya, hubungan yang retak sudah tentu tidak akan ada peluang kedua. Jadi keinginan perlu ada dalam diri setiap pasangan yang ingin berbaik.



2. Kesabaran.

Jika tiba-tiba pasangan mengungkit silap dan salah yang lalu, cuba untuk sabar jangan cepat melenting. Ingat kesabaran itu adalah punca sebuah kebahagiaan. Malahan juga, segala perbualan dan perkongsian itu sebenarnya akan membuatkan kalian lebih mendalami hati perasaan masing-maisng. Jadi sabar jika setiap perbincangan itu melukakan hati anda.

3. Minta maaf.

Jangan nak ego sangat kalau takut hilang pasangan anda itu. Cuba untuk meminta maaf atas kesilapan yang anda pernah lakukan dan melukakan hatinya, ia mampu mengembalikan hubungan yang hilang. Perbuatan ini mampu melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya. Jadi jangan malu nak minta maaf walaupun ia bukan salah anda.



4. Forget and forgive.

Perkara paling utama dalam hubungan bila nak bahagia, kena ada dua perkara ini. Nak-nak lagi kalau kalian bercadang untuk membuka satu lembaran baru dalam hubungan tersebut. Lupakan dan memaafakan setiap perbuatan pasangan anda sebenarnya memberi aura yang baru dalam hubungan. Jangan nak simpan-simpan dalam hati.

5. Berlapang dada.

Nak mulakan sesuatu yang baru kena bersedia untuk berlapang dada. Jangan mudah nak simpan dalam hati setiap perkara, malah lepaskan apa yang akan merosakkan hubungan anda. Berlapang dada ini perlu bila terlalu banyak perkara yang bermain di hati itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen