Langkah Mudah Kumpul Duit Kahwin Ketika Usia 20an, Bila Dah Ada Jodoh Nanti Tinggal Kahwin Je.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun belum memiliki calon yang tetap sebagai teman hidup, tentu sahaja ramai diantara kita ini sudah berangan-angan untuk mendirikan rumahtangga. Tidak hanya itu sahaja, tentu sahaja kalian telah berangan-angan majlis bagaimana yang akan dilakukan apabila saat itu tiba.

Pasangan itu adalah perkara yang kedua boleh difikirkan, ini kerana kalau ada pasangan tapi duit kahwin masih tak kumpul lagi pun akan ada masalah juga bukan, jadi lebih baik kalau dalam mencari pasangan sekali dengan kumpul duit kahwin.



Setiap orang mahukan majlis yang meriah, malah wang hantaran pun bukan satu perkara yang murah sekarang ini. Hmmm… Nampaknya banyak nak pakai duit ini.

Jangan risau, ini cara anda kumpul duit kahwin dengan sesuai target anda.

Cara-caranya;

1. Bila akan berkahwin.

Jika umur anda sekarang adalah 23 maka anda akan berkahwin pada umur 26 tahun, jadi tetapkan jangka masa itu sebagai satu target. Ini kerana, perkara ini akan memudahkan anda untuk merancang sesuai dengan apa yang anda mahu.

Berapa banyak duit yang mahu disimpan?

Sebelum berkahwin apa yang perlu anda miliki terlebih dahulu?

Jadi anda tidak akan bercanggah akan dua perkara ini jika sudah menetapkan bila anda akan bernikah.



2. Asingkan 15% dari gaji anda.

Walaupun anda masih belum mempunyai kerja tetap, tetapi anda sudah bercita-cita untuk berkahwin bukan? Maka bersedialah untuk asingkan wang gaji anda sebanyak 15% dari gaji anda. Mungkin anda akan kecewa kerana tidak dapat berseronok dan berhibur, itu lebih baik dari anda membazir pada perkara yang tidak tentu.

3. Kurangkan bajet berdating.

Jangan setiap minggu makan di kedai Hipster ataupun menonton wayang, itu memang akan memudahkan wang anda habis dengan lebih cepat. Apa kata kalau sebulan itu dating 2 kali sahaja.

Kalau tak mampu tanggung rindu, apa kata dating dekat kedai tepi jalan atau warung. Murah dan jimat bukan?



4. Jangan lupa bawa bekal ke teman kerja.

Selalunya orang malu nak bawa bekal ke tempat kerja berbanding nak makan roti sebungkus sehari. Ini yang menyebabkan ramai yang sanggup makan biskut kering ataupun mee segera. Sedangkan jika mambawa bekal, makanan lebih menjimatkan serta bersih, malah kesihatan juga terjaga.

Ini antara cara yang boleh anda gunakan dalam mengumpul duit kahwin pada saat-saat awal. Cuba untuk lebih relax dan santai berbanding mereka yang bakal berkahwin hujung tahun ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen