Kalau Dia Ada Ciri-Ciri Seperti Ini, Jangan Lepaskan. Cuba Pertahankan Hubungan Dengannya Sebaik Mungkin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap hubungan yang dibina itu tentu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, di mana apa yang lebihnya pasangan anda itu ataupun apa kurangnya dirinya itu. Tetapi biasanya bila rasa cinta sudah menggunung, kekurangan yang dimiliki pasangan itu bukan satu perkara yang merumitkan lagi.

Dalam banyak-banyak perkara tentu akan ada satu perkara yang betul-betul membuatkan anda rasa selesa dengan pasangan, dan perkara itulah yang perlu dipertahankan.



Hubungan ini bukan hanya sepihak sahaja, tetapi lebih kepada kedua-duanya. Di mana, pada hubungan ini tiada penindasan yang berlaku. Kalian sama-sama sayang, cuma mungkin akan ada perkara yang menguji hubungan tersebut, tapi ada beberapa sebab anda kena pertahankan hubungan itu.

Antaranya;

1. Seseorang yang terima baik buruknya anda.

Jarang sekali nak jumpa macam ini, tak pernah nak minta kita jadi seorang yang sempurna tetapi lebih untuok menerima siapa diri kita. Itu yang sangat anda perlu mempertahankan hubungannya. Ini bukan satu perkara yang mudah tapi sebenarnya ia satu yang serius.



2. Seorang yang jujur dengan diri anda.

Apabila dia jujur dengan anda, itu bukan bermakna dirinya tidak pernah menipu ataupun bermain dibelakang anda. Akan tetapi orang seperti ini adalah mereka yang sangat setia dengan anda. Dah setia nak buat apa lepaskan.

3. Seorang yang bertanggungjawab.

Apabila dia seorang yang bertanggungjawab, dia tahu akan tanggungjawab yang bakal dipegang selepas berkahwin kemudian hari. Dia seolah-olah seorang yang matang yang mana dapat memahami erti tanggungjawab dengan baik.



4. Sentiasa menyokong anda.

Seseorang pasangan yang baik akan sentiasa memberi sokongan kepada anda, malah dirinya juga akan sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan. Hubungan seperti ini yang menjadi idaman semua pasangan. Bukannya hubungan yang penuh dengan penindasan.

5. Sentiasa mengutamakan anda.

Jika pasangan anda mempunyai sifat ini, sesuai untuk dirinya dipertahankan. Ini kerana, apabila anda berkahwin dengannya kelak dia akan mengutamakan anda dengan anak-anak. Kenapa macam ini? kerana dirinya tahu siapa yang aka nada disaat susah mahupun senang bersamanya.

Bukan semua orang sesuai untuk dipertahankan, jika seseorang itu memberi kesan positif dalam hidup anda seperti perkara di atas, dia sesuai untuk dipertahankan walaupun kadang kala sikapnya menyakitkan hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen