Isteri Minta Cerai, Bila Suami Terlalu Baik & Selalu Tolong Buat Kerja Rumah. Ini Kisah Gelagat Isteri Yang Pelik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya isteri-isteri nak seorang suami yang membantu meringankan beban dalam kerja-kerja rumahnya. Bukan itu sahaja, rata-rata isteri mahukan seorang suami yang baik serta memahami dirinya.

Tiada siapa yang mahukan seorang suami yang selalu bergaduh akan hal-hal yang remah, tiada siapa yang mahukan suami yang tidak membantu menguruskan rumah dan mengharapkan isteri melakukan segala-galanya buat dirinya. Namun, berlainan pula dengan wanita ini.



Wanita berkenaan mahu pasangan yang selalu bertengkar dan bergaduh, namun suaminya terlalu baik.

Disaat ramai mahukan pasangan yang baik dan suka membantu dirumah, seorang wanita di UAE telah meminta cerai kerana suaminya terlalu baik.

Menurut Mahkamah Syariah di UAE, pasangan tersebut tidak pernah sekalipun bergaduh mahupun menjerit, malah suaminya juga telah melayan dengan baik termasuk membantu membuat kerja rumah serta memberinya hadiah.



Namun, si isteri merasa bosan dengan layanan baik itu, malah merasakan cinta dan belas kasihan yang diberikan kepadanya adalah terlalu berlebih-lebih.

Tambah lagi, pernah si isteri mengadu tentang berat suami, lalu lelaki itu terus menjalani diet untuk menguruskan badan. Bagaimanapun, ia tidak disenangi oleh wanita berkenaan.

“Saya mendambakan hari yang mana saya dapat bertengkar dengan suami tetapi ia kelihatan agak mustahil kerana dia begitu romantik dan sentiasa memaafkan saya serta memberikan saya pelbagai hadiah.”

Wanita ini mungkin bukan wanita yang tidak bersyukur, tetapi dirinya mahukan sedikit cabaran dan ujian dalam hubungan. Jikalau hubungan terlalu mendatar, tentu sahaja ia akan membuat dirinya terasa bosan dan rimas. Itukan kehidupan, jika melalui rutin yang sama setiap hari tentu sahaja rasa sedikit membosankan.

Jadi jika hubungan anda mempunyai ujian dan cabaran, maka bersyukurlah bahawa hubungan kalian itu mempunyai seri di dalamnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen