Alamak, Time Nak Pergi Majlis Lah Dia Naik Pula! Ikuti Nasihat Daripada Doktor Ini Berkenaan Ketumbit Mata.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketumbit biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan bulu mata (“stye”) ataupun disebabkan oleh penakungan minyak pada kelenjar (“chalazion”). Sesiapa yang ada ketumbit tidak perlu terlalu bimbang dengan ketumbit ini kerana ianya merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam kalangan orang ramai. Hampir setiap orang pernah mengalami masalah ketumbit sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.



Kita sering mendengar apabila seseorang itu mempunyai ketumbit pada mata, rakan terdekat atau saudara mara sering mengaitkan dengan perbuatan mengintai. Sebenarnya itu adalah mitos dan kepercayaan karut sahaja.

Ketumbit biasanya akan pulih sendiri dalam masa beberapa hari. Ketumbit hanya melibatkan struktur di luar bola mata, jadi kita tidak perlu bimbang akan kesan yang teruk atau berfikir ia akan merosakkan mata.

Namun begitu, ketika mempunyai ketumbit di mata, dinasihatkan agar tidak memakai alat solek pada kawasan mata sehingga masalah ini pulih kerana ianya mungkin boleh merumitkan lagi masalah ketumbit ataupun menyebabkan pertumbuhan ketumbit yang baru. Hal ini demikian kerana alat solek mata seperti “mascara” dan “eyeliner” mungkin mengandungi bakteria yang akan menggalakkan pembiakan kuman pada mata.



Sewaktu ketumbit dalam peringkat awal, anda perlu menjaga kebersihan pada kawasan kelopak dengan membasahkan cotton bud dan sapu pada ketumbit dengan kerap. Selain itu, untuk mempercepatkan proses penyembuhan ketumbit, boleh juga membasahkan kain dengan air suam, kemudian tekap pada kawasan mata.

Jadi, usahlah berasa risau dan gusar jika tiba-tiba ada ketumbit muncul pada kelopak mata. Ianya tidak membahayakan dan akan pulih seperti sedia kala dalam masa beberapa hari. Untuk menyembunyikan ketumbit daripada kelihatan di tempat awam, bolehlah memakai cermin mata hitam sebagai pelindung.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen