Sebabkan Dah Mabuk Cinta, Kadang Kala Mudah Terleka Adakah Dia Mencintai Anda Atau Sekadar Nafsu Semata-Mata.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang yang sedang mabuk cinta ini memang tak dapat bezakan adakah itu benar-benar cinta sejati ataupun tidak. Bagi dirinya, jika mereka ini saling ada untuk antara satu sama lain, itu adalah tanda-tanda bahawa mereka saling mencintai.

Ada orang mungkin mencintai anda kerana duit, nafsu, paras rupa, ataupun kerana hati. Setiap orang yang anda anggap mencintai anda itu belum tentu mencintai anda setulus hatinya.



Jadi sebelum anda terbuai dengan cinta yang tidak sepatutnya itu, lebih baik kalau anda segera menyedarinya, adakah dia itu sebenarnya betul-betul menginginkan anda kerana sayang ataupun kerana nafsu semata-mata.

Pasti anda bingung macam mana nak ketahuinya bukan? Ini ada berapa cara;



1. Memuji kecantikan anda.

Jika dirinya memuji bahawa anda kelihatan lawa mungkin itu beranggap ia perkara biasa. Tetapi ia lebih kepada memuji sesuatu yang seksual. Sebagai contoh, tubuh badan, bibir, bahagian sulit, dan pelbagai lagi yang boleh dilihat dari segi seksual. Bukannya luaran tetapi ia lebih mendalam.

2. Sentuhan.

Jika tersentuh itu mungkin perkara yang tidak sengaja dilakukan. Tetapi apabila cuba untuk melakukan sesuatu dengan sengaja seperti tersentuh bahagian sulit, tangan atau apa-apa pun yang mencurigakan tentu sahaja ia berdasarkan nafsu semata-mata.

3. Melalui pesanan.

Menggunakan hint untuk memiliki sesuatu yang sepatutnya pasangan suami isteri yang sah sahaja yang boleh melakukan itu juga merupakan dorongan nafsu semata-mata. Mula-mula mungkin hanya menggunakan pesanan tetapi lama-kelamaan mungkin dia berani untuk memberitahu secara depan-depan.



4. Adakah kalian berubah menjadi baik?

Cuba anda bayangkan, adakah dengan hubungan sebegini mampu membawa kebaikan kepada anda. Di mana, sepatutnya pasangan yang baik ini akan membimbing mengajak anda untuk melakukan kebaikan namun hubungan anda pula sebaliknya.

5. Adakah ada jaminan untuk masa depan?

Hubungan yang sedang anda lalui ini, adakah ia akan memiliki satu masa depan yang cerah? Ataupun hubungan tersebut sekadar untuk diambil kesempatan dan mengambil kesempatan sahaja? Jika ada rasa jaminan, adakah anda akan bahagia dengan orang seperti ini?

Hubungan seperti ini bukannya boleh dibuat main, anda perlu segera sedar sebelum ia melarat. Lebih baik kalau anda segera tinggalkan sebelum semuanya semakin parah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen