Nak Jadi Suami Yang Baik Bukan Kena Buat Kerja Rumah Hari-Hari, Tapi Lakukan 8 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah bersedia nak kahwin dan pikul tanggungjawab ini, tentulah anda berangan-angan nak jadi seorang suami yang baik. Suami yang baik sudah tentulah seorang suami yang membimbing dan menyayangi isterinya.

Ramai yang beranggapan bahawa menjadi suami yang baik ini payah, macam-macam nak kena buat. Sedangkan, senang je nak jadi suami yang baik. Namun begitu, jika tiada kemahuan yang tinggi perkara itu akan menjadi sukar.



Ada orang ingat nak jadi suami yang baik itu perlu melakukan kerja rumah setiap hari, ada juga yang ingat menjadi suami yang baik dengan perlu turuti segala kata isteri. Sedangkan bukan sebegitu cara nak jadi suami yang baik.

Meh ikuti perkongisan Firdaus Shakirin ini.

Nak jadi seorang suami yang baik?

Mudah ja...

Nak jadi seorang suami yang baik sebenarnya tak susah...mudah sangat...

1. Patuhi dan laksanakan tanggungjawab.

- Tunaikan nafkah zahir dan batin...bagi isteri tempat tinggal yang selesa, makan minum yang secukupnya, pakaian yang bersesuaian yang menutup aurat, perubatan dan perlindungan. Jaga aurat, maruah dan kehormatan isteri walau dimana saja kita berada.

2. Keluar cari rezeki.

- Bangun awal pagi, setiap hari dan keluar bekerja untuk ada pendapatan...tak kisahlah keje swasta, keje kerajaan, berniaga, jadi runner makanan atau jual insurans...the point is, bekerja atau berniaga untuk ada pendapatan yang halal supaya pendapatan tu boleh digunakan untuk menunaikan tanggungjawab kepada isteri.



3. Tahu bila patut keluar melepak atau buat hobi.

- Bukan tak boleh lepak, ride, memancing, hiking atau masuk hutan, tapi perlu tahu bila sepatutnya kita buat semua perkara-perkara tu...ambil kira kekerapan kita buat semua tu dalam masa seminggu atau sebulan dan tengok situasi/keadaan kita dan isteri...adakah keadaan membenarkan kita untuk melakukan smua perkara-perkara tu, adakah isteri tiada masalah untuk kita buat macam tu dan lihat keutamaan kita seblum decide.

4. Tiada ego dan rahsia dalam rumahtangga.

- Kalau buat salah, mengaku buat salah dan jangan di tuding jari pada pihak yang tak buat salah...jangan ego sangat untuk mengaku, jangan pantang ditegur dan jangan tak boleh dinasihat....jika atas nama kebaikan, maka tiada had bagi seorang isteri untuk terus tegur dan nasihat suaminya...bila dah jadi suami, its not you r always right beb...jangan sembunyikan apa-apa dari isteri, kalau ada masalah kewangan, bagitau isteri...jangan buat pinjaman peribadi then dah tak boleh nak bayar, baru bagitau isteri...susah, tak ade duit, cakap tak ade duit...jangan bahagiakan atau senangkan isteri dengan penipuan.



5. Bila dah senang, jangan lupa siapa yang ada ketika kita susah.

- Kaum isteri paling takut bila suaminya senang dan dah stabil...sebab? Kesenangan suami akan menjadi satu ujian untuk dirinya sebab kebanyakan orang akan lupa diri bila kehidupannya dah bertambah baik...sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan ingat siapa yang bersama kita ketika kita ni nothing, ketika kita ni bukan siapa-siapa dan tiada apa-apa.

6. Adil dan saksama untuk ibu dan isteri sendiri.

- Tak boleh melebihkan mana-mana pihak hatta ibu sendiri atau isteri...sayang macam mana pun pada isteri, tanggungjawab pada ibu masih wajib untuk dilaksanakan...patuh dan taat macam mana pun pada ibu, jangan smpai abai dan menganiaya isteri sendiri.



7. Jangan mula main betina.

- Perempuan yang cantik, muda dan single is everywhere...banyak choices yang selalu Allah hadapkan depan mata...tapi bila dah jadi suami, sentiasa tundukkan pandangan, jaga pergaulan dan jangan berhubungan dengan pompuan lebih dari sekadar yang ditetapkan...ingat status diri, ingat kemampuan diri...hubungan yang halal akan mula bermasalah saat kita mengejar yang haram.

8. Jangan tinggal solat, jaga hubungan dengan Allah.

- Saat kau tinggal solat, maka saat itu kau akan mudah terpengaruh dengan perbuatan jahat...saat kau tinggal solat, maka saat itulah hidup kau akn berubah 360 darjah...hati akan keras, ego akan melangit, rezeki makin sempit dan kau akan makin jauh dari akhirat sebab kau dah dibuai dengan nikmat duniawi yang sifatnya sementara sahaja...jika Allah pun kau boleh tinggalkan, apatah lagi manusia.

Ini sebahagian sahaja, tapi klu mampu jaga 8 points ni, maka insyaAllah hubungan kita, rumahtangga kita akan baik-baik sahaja..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen