Curang Itu Pilihan Yang Memperguankan Kesempatan & Peluang, Bukannya Punca Dari Kurangnya Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecurangan dalam hubungan bukanlah satu perkara yang pelik buat sesiapa pun. Tidak kiralah kecurangan selepas berkahwin, ketika sedang bertunang mahupun sedang dalam tempoh perkenalan. Kecurangan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja walaupun hubungan tersebut kelihatan bahagia sahaja.

Apa yang anda tahu bahawa kecurangan ini adalah pilihan. Di mana, seseorang itu yang memilih untuk terus setia bersama pasangannya ataupun ingin memiliki yang lain. Banyak kisah sedih mengenai kecurangan ini.



Akan tetapi yang paling akan terkesan di dalam hati sesiapa sahaja, tentulah mereka yang sudah berkahwin dan memiliki anak-anak. Curang ini bukan kenal siapa, baik anda suami mahupun isteri, peluang untuk curang itu akan sentiasa ada.

Jangan hanya kata bahawa kecurangan ini akan terdedah pada lelaki sahaja, tetapi ada sahaja wanita yang berlaku curang. Curang ini bukannya mengikut jantina tetapi ia adalah pilihan seseorang.



Bila berlakunya kecurangan ini, siapa yang patut disalahkan?

Yang lelaki atau yang perempuan akan bersalah dalam hal ini. Baik suami atau isteri menjadi punca berlakunya kecurangan?

Jangan salahkan siapa yang paling mudah untuk curang, tetapi lebih baik kalau anda sentiasa ingat bahawa kecurangan itu hanya melukakan pasangan malah ia satu pilihan yang salah. Jangan nak tahu mengapa punca berlakunya kecurangan tetapi lebih baik kalau cuba untuk elakkan kecurangan.



Jika berlaku kecurangan, siapa yang salah?

Tak ada siapa salah, dan siapa yang betul sebenarnya. Akan tetapi kecurangan ini adalah nafsu yang tidak mahu dikawal serta pilihan yang disangkakan satu kebaikan. Sedangkan, kecurangan ini adalah perkara yang salah, di mana ia bukan sahaja membuat diri kelihatan seorang yang tidak bertanggungjawab malah ia juga kelihatan seperti anda seorang pengkhianat.

Jika suami yang curang, bukan salah isterinya tetapi salah suaminya yang tak menghargai isterinya dan membuat pilihan yang salah.

Bila isteri curang, bukan salah suaminya tetapi salah isterinya yang takt ahu bersyukur bahawa dia mendapat suami yang menjadi dambaan orang ramai.

Curang ini pilihan yang mempergunakan kesempatan dan peluang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen