Wahai Jodoh, Siapapun Awak, Di Manapun Awak, Saya Doakan Awak Baik-Baik Saja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah rahsia Allah dan tiada seorang pun manusia yang dapat meramal atau membaca masa depan termasuklah beberapa perkara di atas. Adakala kita sebagai manusia terlalu ingin tahu apakah yang bakal terjadi pada masa akan datang termasuklah siapa jodoh kita.



Hal ini mungkin disebabkan terlalu lama mencari namun masih belum bertemu, mungkin juga perasaan terhimpit kerana melihat rakan-rakan sebaya yang telah berumahtangga malah ada yang sudah mempunyai cahaya mata. Ini membuatkan kita sering tertanya-tanya bilakah akan bertemu jodoh seperti mereka, siapakah jodoh yang telah Allah tetapkan untuk kita, dan macam-macam lagi.

Walaupun adakala timbul perasaan tidak sabar, namun kita masih sedar bahawa ada hikmah dan alasan mengapa Allah belum memberi jodoh kepada kita. Mungkin kerana Dia tahu kita sebenarnya belum besedia, mungkin kerana kita masih tidak kuat menempuh alam rumahtangga yang tidak kurang hebat dugaannya. Siapa tahu, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.



Oleh itu, kita hanya mampu berdoa, semoga siapapun jodoh kita yang Allah akan beri, di manapun dia berada pada saat ini, apapun pekerjaanya ketika ini, semoga si dia baik-baik saja dan berada dalam lindungan Allah. In Sha Allah suatu hari nanti anda Allah mengizinkan, pasti kita akan bertemu, untuk penyatuan dua hati yang telah lama mencari pasangan sejati.



Semoga kita semua akan dapat jodoh yang kita idamkan, jodoh yang kita selalu doakan, jodoh yang sentiasa mendoakan kita juga, dan percayalah bahawa di saat jodoh itu tiba, maknanya itulah waktu yang terbaik untuk kita, yang telah tertulis dan yang telah Allah redhai. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan jangan cepat mengalah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen