Persediaan Untuk Menjadi Suami. Are You Ready??

Sudah bersediakah agaknya anda menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami? Justeru bagi bakal pengantin, persediaan asas yang merangkumi fizikal dan mental perlu ada sebaik sahaja anda menukar status bujang kepada suami. Untuk persediaan tersebut, ketahui tip yang seterusnya.



1. Fizikal.

Sebelum bergelar suami, pastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat. Seelok-eloknya buatlah pemeriksaan menyeluruh bagi mengenal pasti jika ada sebarang masalah. Ini penting kerana selepas berkahwin, anda bukan sahaja perlu menjaga diri sendiri bahkan isteri dan anak-anak yang bakal lahir. Bagaimana ingin menjaga dan menyara keluarga jika anda sendiri tidak dalam keadaan sihat?

2. Mental.

Kekuatan mental paling penting dalam membina institusi kekeluargaan. Ia perlu berada di tahap terbaik bagi melancarkan kebahagiaan berumah tangga yang bakal dibina. Selepas berkahwin, pasti akan datang pelbagai ujian dan dugaan dalam rumah tangga. Masalah ini mungkin datang daripada suami isteri itu sendiri ataupun orang luar. Jika mental tidak kuat, rumah tangga yang dibina boleh hancur dalam sekelip mata.



3. Pengetahuan.

Banyakkan membaca buku untuk membina pengetahuan bagi menjadi suami terbaik. Atau mungkin boleh bertanya terus kepada mereka yang berpengalaman. Sebagai seorang ketua keluarga, suami harus bijak menangani apa jua situasi agar tiada pihak yang tersinggung.

4. Ilmu agama.

Perkahwinan bukanlah perkara suka-suka sebaliknya suami bakal memikul tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai persediaan, seseorang lelaki harus mempelajari ilmu agama untuk dijadikan tiang kebahagiaan berumah tangga. Tanpa elemen yang satu ini, agak sukar bagi suami untuk mengawal hala tuju rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta. Dengan ilmu agama yang ada, masalah juga boleh diselesaikan dengan lebih mudah.

5. Kewangan.

Memang betul mengumpul wang adalah tanggungjawab bersama suami isteri. Namun sebagai suami, ada nafkah zahir kepada isteri yang dituntut dalam agama. Jika dulu, lelaki hanya menyediakan bajet untuk diri sendiri, tetapi kini tidak lagi. Selain perlu menyara isteri, suami juga perlu membuat persediaan bagi menyambut zuriat yang bakal dikurniakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen