Penat Nak Touch Up Lipstick Yang Memudar Itu, Ini Trick Biar Ia Kekal Lama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan selalu akan berdepan dengan masalah ini. Sebelum keluar rumah, bukan main dekat mulut dah siap-siap calit lipstick yang menawan, tapi sayangnya ia tak kekal lama. Bahkan ada yang begitu jaga ketika makan dan minum tapi masih juga lipstick itu hilang.

Bukan tak boleh nak topup lipstick itu, boleh je tapi kadang kala malulah kalau makan dengan orang tiba-tiba lipstick hilang. Sebab itu, kalau boleh nak jaga awal-awal lagi, baru tak terkejut kawan itu.



Kalau dengan suami atau kekasih hati tentu dia sudah faham, tapi kalau ini pertemuan pertama anda. Tentu kena jaga bukan?

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

1. Rawat bibir anda.

Ada masalah pengelupasan, bibir kering atau terkopek sedikit. Apa kata gunakan scrub bibir untuk dapatkan bibir yang bersih dan juga lembut. Anda boleh menggunakan lip balm sebelum menggunakan lipstick ataupun boleh buat scrub sendiri dengan menggunakan guna dicampur sedikit madu. Gosok selama 3-5 minit kemudian bilas dengan air biasa.

2. Gunakan lip liner.

Selain memberi kesan yang penuh pafa bibir, lip liner juga membantu kekalkan lipstick kerana kita akan mewarnai bibir dengan lebih rapi.



3. Sapukan bedak tabur transparent pada bibir.

Jangan takt ahu, bedak tabur ini akan bantu lipstick anda lebih tahan lama. Setelah sapukan lipstick pada bibir, jangan lupa untuk sapu juga bedak tabur ini.

4. Sapu lipstick sebanyak 2kali.

Biasanya kalau hanya sekali sapu mungkin ia agak nipis, itu yang menyababkan ia mudah hilang. Jadi lapiskan lipstick buat kali kedua secara menyeluruh ia akan membantu untuk tahan lebih lama.

5. Hati-hati ketika makan dan minum.

Memang tak boleh nak buat apa lah, kalau nak lipstick lebih tahan lama serta tidak hilang, pastikan anda tidak makan sesuatu yang berminyak ataupun jangan lupa untuk makan menggunakan garfu ataupun sudu. Pastikan anda menyuapkan makanan pada mulut tanpa tersentuh pada bibir anda. Tak lupa juga untuk hindari minum secara terus dari gelas.

Tapi kalau lipstick anda itu memang jenis mudah hilang, jangan nak malu-malu untuk topup semula. Jangan risau, pasangan anda tentu faham akan perkara itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen