Pantang Larang Ketika Dating, Pasangan Boleh Turn Off Kalau Anda Lakukan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang akan rasa teruja kalau nak pergi dating ini, mana tidaknya masa inilah masa untuk mereka kenal antara satu sama lain. Malah masa ini jugalah dia nak habiskan masa bersama pasangan mereka. Tapi kalau yang pertama kali jumpa, tentu akan rasa agak kekok malah rasa sedikit malu.

Walaupun anda dan pasangan sudah banyak tahu mengenai satu sama lain, tapi itu tidak bermakna anda boleh sambil lewa sahaja mengenai dirinya. Setiap kali perjumpaan, hargai setiap masa dengan pasangan anda, malah kalau boleh pada ketika ini elakkan untuk berlakunya salah faham ataupun pertengkaran.



Bukan itu sahaja, anda beberapa perkara yang anda tidak perlu lakukan ketika sedang dating ini. Baik perkara itu memalukan pasangan atau membuatnya kecewa dengan sikap anda. Apa perkara itu?

1. Jangan bermain telefon bimbit ketika didepannya.

Dengarkan apa yang dirinya sedang katakan, dia sedang mengadakan komunikasi dengan anda. Jangan ambil peluang ini dengan bermain telefon bimbit atau mengabaikannya sahaja. Kalau asyik mneghadap telefon sahaja, baik tak payah dating, hanya buang masa sahaja. Dekat rumah pun boleh main telefon bimbit.

2. Tiba-tiba throwback pasal EX.

Siapa sahaja yang tak sentap kalau tiba-tiba seseorang mula bercerita akan perkara yang tidak mahu didengari. Bertanya atau berkongsi mengenai kisah hubungan lama memang akan mematikan suasana. Kalau tiba-tiba anda katakan perkara ini, tentu sahaja moodnya akan lari dan tak akan kembali. Bahkan kalau ada kongsi mengenai hal anda pun membuatkan dia hilang minat.



3. Tak jaga batas.

Siapa je yang selesa kalau main pegang-pegang dan cuit-cuit ini. Nak-nak lagi kalau kalian ini bukan lagi suami isteri, baru je bertunang, bercinta ataupun kali pertama jumpa. Kalau anda lakukan ini, ia bukan satu perkara yang sopan malah ia boleh membuatkan dia hilang hormat kepada anda. Seram kalau jumap pasangan macam ini!



4. Tak nak bayar bill makanan.

Jangan terkejut akan perkara ini, ada sahaja pasangan yang akan kira bill makanan asing-asing. Kalau lelaki yang ada sikap ini memang turn off terus pasangan anda, kalau perempuan yang ada sikap sebegini pun boleh buat turn off juga. Cuba kalau gilir-gilir untuk saling berbelanja, barulah seronok nak keluar lain kali.

5. Topik perbualan yang menimbulkan rasa tak selesa.

Tak semua topik boleh digunakan dalam dating ini. Kena buat kajian dulu apa pasangan anda suka, barulah boleh bual macam anda mahukan. Ini kalau tiba-tiba masuk bab politik, ekonomi kejap hiburan, dah macam portal isu semasa pula perbualan kalian itu.

Kadang-kadang anda rasa perkara itu biasa-biasa sahaja tetapi pasangan pula rasa sebaliknya. Dating itu kena seronok, barulah peluang nak keluar lagi itu tinggi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen