SuamiJangan Sakiti Hati Isteri, Allah Tak Berkati Suami Yang Membuat Isterinya Menangis.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup sebagai suami isteri memang akan ada pasangan surutnya. Bahagia itu tak akan terasa kalau tidak ada salah faham yang timbul. Bahkan kalau hubungan tak ada pergaduhan sekali pun tentulah tak seronok, sebab itu kadang kala salah faham dan pertengkaran sedikit itu akan memeriahkan hubungan.

Namun, para suami kalau hubungan dalam keadaan begini, jangan disalahkan isteri pula. Malah jangan buat mereka ini menangis.



Allah SWT menjaga kebahagiaan suami dengan memerintahkan isteri melayani suami serta menjaga mulutnya untuk mensyukuri kebaikan suami. Allah SWT juga menjaga ketenangan isteri dengan memerintahkan suami menafkahi serta berbuat baik kepada isteri.

Bagaimanakah Allah SWT menjaga hamba-Nya dalam kalangan wanita yang hidup di bawah kepimpinan seorang suami?



Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita dengan apa yang Allah SWT lebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dan dengan apa yang dinafkahkan dari harta kamu.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)

Isteri adalah amanah Allah SWT kepada suami, begitu juga sebaliknya. Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak.

Bayangkan setitik airmata isteri yang gugur kerana berasa dirinya dianiaya suami, turut ditanya nanti!

Mengikut Imam al-Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah.

Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami sembarono buat-buat tak tahu untuk mengelak perselisihan faham berpanjangan.



Jadi suami apa yang perlu anda lakukan jika berlakunya salah faham dalam hubungan.

1. Mengalah dahulu.

Isteri selalu merasakan mereka ini telah mengalah dengan suaminya dalam banyak perkara. Jadi sekali sekala kalau salah faham timbul sedikit cuba untuk suami pula yang mengalah, tentu sejuk hati isteri.

2. Jangan perbesarkan masalah.

Sebabkan isteri cuai sedikit, jangan dimarahnya tetapi pujuk hatinya untuk tenang sedikit. Jangan hebohkan setiap masalah itu pada orang luar, lebih baik kalau dikongsi berdua sahaja.

3. Cuba selesaikan bersama-sama.

Jangan dimarah kalau tiba-tiba masalah mula muncul, tapi sama-sama untuk cari jalan penyelesaiannya. Jangan orang lain buat masalah, isteri pula yang kena tempisnya. Suami perlu melindungi isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen