Ada Pasangan Di Sisi, Tapi Hati Masih Terasa Sunyi. Ini Yang Perlu Anda Lakukan...

Oleh: Zuzu Yasmine

Alasan utama kita semua mencari pasangan andalah agar tidak terasa sunyi ataupun kesunyian. Sebab itu sering kalai dikaitkan bahawa kalau bujang sahaja hidupnya akan sunyi berlainan pula dengan mereka yang telah menjadi suami isteri.

Di mana, mereka ini tidak akan rasa sunyi kerana ada pasangan di sisi, malah ada teman berbual, bermanja serta bergurau. Namun begitu, jangan terkejut sekiranya pasangan yang sudah berkahwin juga akan terdedah dengan kesunyian dan kesepian.



Nak-nak lagi dengan penagaruh telefon bimbit yang canggih. Ramai pasangan yang sudah kurang komunikasi kerana mereka lebih fokus terhadap telefon bimbit mereka. Sebelum tidur, telefon bimbit dulu, ketika perbual sekali dengan telefon bimbit malah bangun pagi juga sama.

Mana tidaknya pasangan akan rasa keserorangan dan kesepian jika perkara ini berlaku. Sebab itulah akan banyak kes-kes kecurangan kerana pasangan tak dapat perhatian sepenuhnya.

Jika perkara ini berlaku dalam hubungan anda, apa yang akan lakukan?



1. Jangan terus salahkan pasangan.

Saling menyalahkan antara satu sama lain ini sebenarnya tidak akan membantu untuk pulihkan hubungan anda pun. Adalah lebih baik kalau anda cuba lihat dulu diri anda, adakah anda lakukan perkara yang sama? Jika ya, maka anda perlu berubah dahulu barulah pasangan anda.

2. Bincang dengan pasangan.

Setiap perkara akan lebih mudah selesai kalau anda berbincang dengan pasangan dan berkongsi jalan penyelesaian bersama. Jangan hanya fokus kepada siapa yang salah tetapi fokus apa masalah yang kalian hadapi.



3. Lakukan perubahan bersama.

Langkah paling mudah jika terdapat keinginan bersama tentunya adalah dengan melakukan perubahan bersama. Baik anda ataupun pasangan, sama-sama berubah agar kalian dapat rasai kebahagiaan dan keseronokan hidup dalam alam rumahtangga.

4. Minta nasihat pakar.

Jika tak berjaya, malah hubungan anda masih lagi terasa kosong dan sepi, cuba untuk dapatkan nasihat daripada pakar. Di mana, terdapat pelbagai pusat kaunseling untuk suami isteri yang boleh anda hadiri dan mendapatkan nasihat darinya.

Perkahwinan itu menyeronokkan sebenarnya, jangan kerana anda tersilap langkah hingga membuatkan ia tidak seronok. Malah sebagai pasangan, jangan biarkan si dia terasa sepi walaupun anda di sisi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen