Suami Jarang Kata Sayang, Tapi Kalau Dia Buat Ini... Sayanglah Itu Namanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini selalu menganggap bahawa sayang itu perlu diluahkan dengan kata-kata, akan tetapi orang lelaki ini pula lain pula. Nak kata sayang dekat pasangan itu bukan main payah lagi. Tak kiralah masa bercinta ataupun sudah berkahwin, memang payah nak kata sayang.

Mana tidaknya, bagi orang lelaki bila kata sayang boleh jatuh ego mereka ini. Sebab itulah banyak lelaki tak nak luahkan kata sayang walaupun dalam hati memang dah sayang sangat.



Kadang kala orang perempuan kena faham, kasih sayang itu bukan hanya perlu diluahkan melalui kata-kata tetapi kadang kala ia boleh diluahkan melalui perbuatan, maka dengan itu sebagai orang perempuan kena lebih perhati setiap perbuatan pasangan.

Kalau sebelum bercinta, dengan menghalalkan anda itu adalah tanda kasih sayangnya tapi selepas berkahwin macam mana pula nak tahu akan kasih sayang seorang lelaki ini. Ada banyak cara, tapi ini paling mudah nak tengok.



1. Bantu dalam melakukan kerja rumah.

Dia tak sampai hati lihat anda lakukan kerja rumah bersendirian, maka dengan itu dia akan berkongsi selesaikan kerja rumah dengan anda. Tak kiralah walaupun sekadar sapu rumah, basuh baju ataupun dodoikan anak tidur. Tapi yang paling jelas dia cuba nak ringankan beban agar anda tak terlalu penat.

2. Jadi orang pertama di hari buruk anda.

Paling mudah nak nampak, dia ada saat anda rasa tak tenang, sedih ataupun kecewa. Mungkin dia tak buat apa-apa sekadar tonton tv tanpa ada respond tapi dia akan setia di sisi anda sepanjang kesedihan anda itu. Malah sekali sekala cuba menenangkan diri anda.



3. Ingat akan hal-hal kecil.

Mungkin dia tak ingat hari lahir anda ataupun ulang tahun anda, akan tetapi dia ingat waktu untuk anda ambil ubat, ingatkan di mana anda letak kunci kereta. Nampak macam remeh je, tapi inilah cara orang lelaki sayang dekat anda. Perkara-perkara yang bagi anda remah tapi penting buat dirinya.

4. Menyokong anda.

Selalunya lelaki tak akan kata ya ataupun tidak tetapi dia akan menyokong apa yang anda lakukan. Itulah sebenarnya persetujuan yang dia tunjukkan. Bagi dirinya setiap kuputusan yang anda lakukan itu membuktikan diri anda tetapi dengan sokongannya itu bukti kasih sayangnya.

Sebenarnya banyak lagi tanda seorang lelaki sayang akan pasangannya. Cuma jangan berharap mereka ini akan katakan melalui mulut mereka. Lain lah kalau pasangan anda itu seorang yang begitu gentleman, memang akan dia cakaplah dia sayang anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen