5 Pemilihan Warna Yang Memukau Disertakan Dengan Potongan Gaun Pengantin, Tentu Sahaja Mampu Buat Raja Sehari Kelihatan Lebih Cantik & Elegan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pengantin perempuan tentu sahaja mahu kelihatan bak puteri raja apabila di hari persandingan di ditunggu-tunggu selama ini. Memilih busana pengantin yang menjadi idaman mereka tentu sahaja impian setiap bakal pengantin.

Selalunya begitu mudah untuk lihat akan pengantin menyarungkan busana songket pada hari majlis mereka ini kerana merasakan ia tak lapuk dek hujan, tak lekang di panas. Akan tetapi peminat gaun sudah tentu mempunyai cita rasa yang lebih moden dan lebih berani untuk mengenakan pakaian seperti ini.



Mana tidaknya, berjalan di hadapan tetamu yang hadir dengan gaun yang mempersonakan sudah tentu bagaikan puteri yang berlalu di hadapan. Pasti ramai sahaja pengantin prempuan mengidamkan saat seperti ini.

Jadi di sini ada beberapa cadangan baju dan warna yang menjadi trend sepanjang 2019 ini.

1. Classic white.

Pemilihan warna putih ini memang tak jemu untuk dipandang malah menaikkan lagi ikatan suci yang terbina. Putih menjadi warna pilihan dan akan terus disukai oleh peminatnya sendiri.



2. Soft pink

Warna pastel seperti merah jambu ini memang akan lahirkan kesan romantik malah ia juga masih menjadi trend pada tahun ini. Pengantin akan lebih elegan dan cantik dengan warna pakaian yang begitu lembut ini.



3. Coklat earthy tone.

Seakan-akan warna coklat ataupun nutral ini sudah tentu mempunyai peminatnya sendiri. Nak-nak lagi jika ia sesuai dengan rona kulit si pemakai, tentu sahaja akan menaikkan seri si raja sehari. Tidak mustahil jika pengantin perempuan yang lebih cantik dan cantik memilih warna ini untuk hari istimewa mereka.



4. Baby blue.

Menjadi trend sepanjang tahun 2019, boleh dilihat warna ini akan kekal menjadi warna kegemaran ramai. Pemilihan warna yang tenang pasti amat diminati oleh hijabista pada masa kini.



5. Futuristik Perak

Warna ini dikatakn kelihatan lebih moden menjadikan pakaian perkahwinan kelihatan lebih kontemporari. Masih belum ramai yang berani untuk mengenakan warna sebagini, tapi jika anda berani tentu sahaja ia kelihatan sangat anggun di hari bersejarah anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen