Bakal Pengantin, Jangan Sorokkan Siku Anda Lagi. Ini Cara Hilangkan Kesan Hitam Pada Siku Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala bahagian lain sudah cukup cerah dan gebu, tetapi bahagian siku ini sedikit gelap hingga mengganggu pandangan mata anda sendiri. Mungkin bagi anda tiada masalah, ia boleh ditutp dengan baju dengan panjang tapi bila dah kahwin nanti tentu malu dengan encik suami.



Dah pelbagai jenis losyen dan scrub anda gunakan tetapi tetap sama sahaja hasilnya sampai rasa sedikit putus asa. Jangan bimbang, anda masih belum mencuba cara menggunakan bahan semulajadi lagi.

Apa kata anda cuba gunakkan 5 bahan ini, mana tahu ia sesuai dan berkesan untuk merawat masalah siku anda itu.

1. Lemon

Buah ini bukan sahaja digunakan untuk memasak tetapi juga sangat baik untuk merawat masalah kulit. Caranya mudah, potong lemon kepada dua bahagian dan gosok ke siku dan lutut selama 10 minit.

Cuci dengan air bersih dan ulang kaedah ini selama dua minggu untuk melihat kesannya.



2. Campuran lemon, madu, dan serbuk penaik

Masih menggunakan lemon tetapi kali ini perah jus lemon dan dicampur dengan madu dan serbuk penaik. Biarkan campuran itu sebati selama 10 minit sebelum di sapu ke bahagian berkaitan.

3. Timun

Timun bukan sahaja membuka selera ketika makan tetapi bermanfaat bagi merawat masalah kulit. Seperti lemon, potong timun dan gosokkan pada lutut dan siku selama 5 ke 10 minit.

Biarkan ia mengering seketika sebeulum dibilas dengan air bersih. Sebaiknya lakukan proses ini setiap hari.



4. Kunyit

Selain timun dan lemon, serbuk kunyit juga sangat baik bagi memperbaiki masalah kulit kusam. Hanya campurkan kunyit dengan sedikit susu tepung dan air sebelum disapukan ke bahagian siku dan lutut.

Biarkan ia kering sebelum dicuci menggunakan air suam.

5. Aloe Vera

Biasanya aloe vera akan digunakan untuk melembutkan rambut tetapi sebenarnya ia juga boleh digunakan pada kulit. Campurkan aloe vera dengan susu, sapukan pada siku dan lutut.

Paling baik biarkan semalaman sebelum dicuci dan sapukan bahan pelembap seperti losyen aloe vera untuk mendapatkan kesan terbaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen