5 Sebab Wanita Tak Patut Mengejar Cinta Lelaki.

Khas untuk wanita di luar sana yang sedang mencari cinta. Jika anda sedang mengejar cinta dari jejaka idaman anda, lebih baik anda hentikan! Lelaki sebenarnya tak suka jika anda mengejar mereka. Dah macam perigi cari timba pula dah. Kalau anda dah usaha, tawakal saja. Biarkan cinta tu datang dengan sendiri. Ini antara sebab kenapa lelaki tak suka dikejar oleh wanita.



1. Lelaki tak suka dikejar, buatkan mereka lebih takut.

Lelaki ni sangat takut dengan komitmen. Jadi, jika lelaki itu memang ingin bersama anda, pasti mereka akan tunjukkan usaha dan tak perlu sampai anda terkejar-kejar.

2. Anda boleh jadi paranoid.

Mengejar lelaki sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mental. Anda boleh jadi cemas dan paranoid setiap kali melihat akaun media sosial mereka dan merasakan semua post ditujukan kepada anda. Sedangkan anda tidak pasti sama ada lelaki itu benar-benar sukakan anda atau tidak.



3. Anda hanya malukan diri sendiri.

Kalau dapat kawan yang ‘kaki kepoh’ mula la dia canang satu kelas/pejabat yang anda sukakan lelaki tersebut. Kalau lelaki itu tiada hati pada anda, kan dah malukan diri sendiri namanya.

4. Hanya membuang masa saja.

Tak guna nak mengejar lelaki yang belum pasti terbaik untuk anda. Hanya buang masa je. Bukan itu je, anda juga boleh hilang fokus untuk lakukan pekerjaan kerana asyik terbayangkan lelaki itu.

5. Anda hilang peluang untuk bertemu lelaki yang tepat.

Ini antara alasan tepat supaya anda berhenti mengejar lelaki. Nanti bila anda dah sedar bahawa cinta anda itu bertepuk sebelah tangan, barulah nak menyesal. Mana tahu masa tu anda sebenarnya hilang peluang untuk bertemu dengan lelaki yang tepat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen