Tanda Dia Jodoh Kita Adalah Apabila Lihatnya Terasa Tenang & Mudah Dapat Restu, Tapi Kalau Bukan Jodoh... Lihat Ini Tandanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari jodoh sebenar ini, kadang kala macam-macam perkara yang tak terduga. Kadang bila dah kahwin dengan seseorang itu pun belum tentu jodoh dengannya berpanjangan. Boleh jadi, jodohnya hanya sampai di situ sahaja.

Jodoh ini bukan hanya fokus kepada anda yang bujang dan yang belum berkahwin sahaja. Sesiapa pun akan bimbang mengenai jodoh ini. Namun, buat anda yang belum berkahwin tentu masih tercari-cari siapa jodoh sebenar anda.

“Jodoh itu bila anda dengan dirinya sah bergelar suami isteri melalui akad nikah yang dilafazkan.”

Masa itu baru lah anda tahu bahawa dia itulah jodoh anda yang sebenar, selepas itu anda akan mula meminta dan berdoa agar jodoh anda dengannya dipanjangkan sampai bila-bila.



Tapi dalam mencari calon ini, tentu sahaja anda ingin tahu jodoh yang mana boleh di bawa ke langkah serius ini. Jika anda terlibat dalam hubungan yang berdepan akan perkara ini, mungkin dia bukan jodoh terbaik buat anda.

1. Dapat tentangan daripada orang lain.

Bila anda cakap sedang berkawan dengan dia, ada sahaja yang menyatakan bahawa dia itu begitu dan begini. Malah ada rakan-rakan anda juga tak mempersetujui hubungan anda dengannya. Macam hubungan kalian itu tidak disenangi ramai orang lah kiranya.

2. Tak dapat restu ibu bapa.

Nak perkahwinan yang bahagia, mestilah kena ada restu ibu bapa. Barulah hubungan itu akan bahagia sentiasa. Restu ibu bapa ini penting, jangan kerana sayang dan cintakan pasangan sanggup anda menjadi anak yang tidak taat dan derhaka kepada ibu bapa sendiri.



3. Banyak sangat masalah.

Hubungan anda dengannya terlalu banyak rintangan yang perlu dihadapi. Boleh kata macam ada yang tak kena sahaja hubungan tersebut. Orang lain bila dalam hubungan bahagia, anda pula sebaliknya.



4. Hubungan tak membawa kebaikan.

Seseorang itu jika ia jodoh anda, ia akan membawa kebaikan kepada anda. Di mana, ia akan membuat anda dekatkan diri pada Allah, berubah menjadi lebih baik serta pelbagai lagi. Jika hubungan yang ada itu sebaliknya, maka berhati-hatilah anda terhadap hubungan tersebut.

5. Hati tak tenang.

Orang kata kalau melihat jodoh ini, hati akan tenang tapi kalau sebaliknya. Bagaimana? Mestilah akan tenang kerana jodoh itu membawa kebaikan kepada diri anda serta mendekatkan diri kepada Pencipta.

Berhati-hati dalam mencari jodoh ini, jangan terburu-buru. Dia akan datang pada waktu yang tepat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen