Geng Bising Dalam Kelas Biasanya Kahwin Lambat. Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dan sukar dilupakan. Biasanya dalam kelas ada beberapa jenis kelompok terutamanya perempuan, ada yang kaki tidur, kaki bising, dan pastinya ada kelompok yang pendiam dan senyap. Sering kita dengar guru-guru selalu mengusik bahawa geng bising akan kahwin dahulu, lepas tamat sekolah. Namun ternyata tanggapan itu salah sama sekali.



Jika kita lihat di sekeliling kita, bahkan rakan-rakan kita yang satu sekolah dulu pun, pasti geng senyap sudah ramai berkahwin berbanding geng bising. Cuba semak. Geng senyap diam-diam sahaja sudah berpunya dan akhirnya berkahwin apabila tiba masanya. Makanala geng bising masih lagi mencari-cari bakal jodoh.



Perkara ini bukanlah satu isu yang serius, cuma kita dapat lihat kenyataannya apabila meneliti rakan-rakan di sekeliling. Ini juga bukan soal memilih, namun mungkin sudah ditetapkan geng bising perlu kahwin lambat atas alasan tertentu. Malahan kita kita boleh sesekali menyalahkan takdir dengan apa yang telah tertulis untuk kita.



Kahwin cepat ke, kahwin lambat ke, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Ianya bergantung kepada diri sendiri juga, cara kita menerima, memberi, mengawal dan menjaga amanah yang diberi.

Diharap geng bising jangan putus asa ya, jagna rasa tercabar kerana geng pendiam kawhin dulu. Teruskan berdoa dan usaha, In Sha Allah suatu hari nanti akan bertemu dengan jodoh yang telah disusun elok olehNya. Ketika itu kita hanya mampu mengucap syukur kerana Allah menemukan kalian pada masa dan waktu yang sangat tepat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen