8 Ciri Isteri Kena Praktikkan Untuk Melangkah Ke Syurga. Dapat No 4 Paling Bahagia Sekali.

Oleh: Rafi

Sememangnya bukan mudah menjadi seorang isteri, tambahan pula jika si isteri itu seorang yang berkerjaya. Isteri perlu bijak dalam menguruskan tanggungjawab terhadap suami dengan sebaik mungkin dan memberikan yang terbaik buat suami dan keluarganya. Namun mungkin ada yang mengeluh kepenatan, Subhanallah banyak pahala menjadi seorang isteri ini. Mari kita sebarkan agar wanita di luar sana mengetahui dan bersyukur. Hal ini merupakan sebuah penghargaan yang diberikan Allah SWT bagi para Muslimah yang telah menjalankan peranannya sebagai seorang isteri yang baik. Meskipun kita sedia maklum golongan paling ramai di neraka adalah wanita, namun sebenarnya wanita bergelar isteri lebih banyak sumber pahala yang membantu kaki mereka melangkah ke syurga.



1. Seorang isteri yang memberikan minum segelas air kepada suaminya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2. Setiap makanan yang disediakan seorang isteri bagi suaminya, maka jauh lebih baik daripada ia mengerjakan ibadah haji dan umrah.

3. Apabila seorang isteri mandi junub disebabkan jimak oleh suaminya, maka jauh lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

4. Jika seorang isteri hamil maka dia dicatatkan sebagai seorang yang syahid dan khidmatnya kepada suaminya dianggap sebagai jihad.



5. Seorang isteri yang menjaga dan memelihara anak-anaknya dengan baik, maka hal tersebut menjadi benteng neraka serta pandangan yang baik dan harmoni terhadap suaminya menjadi tasbih atau zikir baginya.

6. Disebutkan pula bahawa tidak akan putus ganjaran pahala dari Allah SWT bagi seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

7. Apabila seorang isteri meninggal dunia dan suaminya reda, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga.

8. Apabila dia mengerjakan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka dia berhak masuk syurga dari pintu mana saja yang dia suka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen