Tertanya-Tanya Bila Si Dia Akan Melamar Anda? Jika Dia Ada 5 Tanda Ini, Dia Melamar Anda Dalam Masa Terdekat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap oraang yang berkenalan berlainan jantina ini bila dah lama kenalan tentu sahaja ingin ke satu tahap yang lain. Sama juga dengan mereka yang bercinta, tentu mahukan satu ikatan yang sah. Orang kata, kalau hati dah suka buat apa nak tunggu lama-lama lagi.

Tapi sebagai seorang wanita, tentu sahaja anda malu untuk melamar kekasih anda. Nanti apa pula orang kata, malah tak manis kalau ada yang ketahui. Jadi adalah lebih baik kalau anda menanti dan menunggu kekasih hati anda melamar anda.



Bagi seorang lelaki pula, sebelum dia melamar gadis pilihan dirinya, tentu dia perlu lakukan persiapan diri. Dia kan bakal menjadi ketua keluarga dan memikul tanggungjawab, tentu sahaja perlu ada persiapan tak boleh nak main redah je.

Jadi sebagai seorang wanita yang perlu menunggu, anda perlu sabar. Akan tetapi ada beberapa tanda bahawa pasangan anda bakal melamar anda.

1. Mula berkongsi akan masa depan.

Bila seseorang meletakkan anda pada masa depan, itu tandanya dia sudah meletakkan anda di tempat penting. Di mana dia mahu terus kekal bersama dengan anda pada masa hadapan. Dia akan mula berkongsi pasal rumahtangga, anak-anak serta kehidupan akan datang. Bila soalan atau topik sebegini timbul, maknanya dia sedang lakukan persiapan.



2. Suruh lupakan hal lepas.

Dia mahu anda melupakan hal yang tidak bagus untuk dibawa ke hadapan. Macam pergaduhan, salah faham serta pertengkaran yang kalian alami. Dia mahu anda bina sesuatu yang baru dengan melupakan apa yang tidak perlu.

3. Mula dekatkan diri dengan keluarga anda.

Seseorang yang betul-betul serius biasanya akan mula dengan mendekati diri dengan keluarga anda. Jika si dia sedang lakukan itu, maka dia sedang ingin mengenali keluarga anda dengan lebih dekat lagi. Malah dia juga akan senang kalau ibu bapa anda merestui hubungan kalian.



4. Berusaha untuk selalu ada buat anda.

Ini usahanya yang paling anda boleh lihat. Di mana dia cuba mengutamakan anda berbanding rakan-rakannya yang lain. Malah dalam segala hal dia bersiap untuk korbankan buat anda. Dalam apa jua keadaan anda, dia sentiasa setia di sisi.

5. Tanya adakah anda bersedia.

Satu soalan kiasan darinya, dia ingin tahu adakah anda bersedia untuk mendirikan rumahtangga dan berkahwin dengannya. Ataupun anda perlukan masa untuk perkara ini.

Jika dia ada kesemua ciri ini, tentu sahaja dia sedang melakukan persiapan untuk melamar anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen