Lelaki Extroverted Miliki Package Lengkap Sebagai Jejaka Idaman Para Wanita, Eh Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencari pasangan yang ideal tidak mudah, anda perlu mencari siapa yang benar-benar sesuai dan boleh menerima siapa anda, bukan sebaliknya. Sekarang bukan sahaja wajah yang kacak menjadi kriteria impian seorang wanita, tetapi orang-orang extroverted dikatakan dapat mencairkan hati setiap wanita, tapi apa sebabnya?



Rasanya ramai wanita kurang senang dengan lelaki yang lebih banyak diamkan diri serta suka buat hal sendiri. Mereka lebih mudah untuk menerima lelaki yang mudah selesa dengan wanita, malah senang untyk berkomunikasi.



Sebab itu sesetengah wanita menganggap bahawa lelaki extroverted ini adalah lelaki yang memiliki package lengkap untuk dijadikan teman lelaki serta suami. Nak tahu sebabnya mereka ini menjadi piliha?

1. Mudah suaikan diri.

Satu kelebihan mereka yang extroverted ini sudah tentulah begitu mudah mesra dengan sesiapa pun. Perkara ini bukan satu masalah buat mereka. maka dengan itu, ramai wanita begitu mudah untuk mendekati dan rasa selesa dengannya. Ini kerana, mereka seolah-olah telah berkawan lama. Tak susah lah wanita yang pemalu nak mesra sekali.



2. Cara bercakap yang menyenangkan.

Apa yang seronoknya lelaki ini juga mempunyai gaya percakapan yang menyenangkan hati para gegadis. Di mana, dia tahu cara yang betul apabila bercakap dengan seorang wanita. Dia tidak begitu berpura-pura hingga membuatkan ramai wanita begitu selesa untuk berkongsi dengannya.



3. Mudah selesa untuk berbual.

Tak semua tetapi ada sesetengah mereka ini biasanya seorang yang mudah selesa untuk diajak berbual. Kira kalau nak ajak bergosip, lelaki seperti ini tiada masalah untuk tanganinya. Rasa selesa ini yang membuatkan ramai wanita ingin mendekati mereka. Malah mereka ini pandai untuk mengambil hati. Jadi pandai memujuk, pandai juga menenangkan.

4. Biasanya pandai bergurau.

Paling wanita sukakan sudah tentu lelaki yang pandai bergurau. Haa.. lelaki ini juga memiliki kelebihan seperti ini sebab itu wanita mahukan pasangan seperti dia. Siapa sangka sebenarnya lelaki extroverted ini sebenarnya memiliki hampir satu package lengkap idaman para wanita.

Setaip perwatakan yang dibawa oleh lelaki ini biasanya mudah untuk diterima wanita berbanding introverted yang dikatakan lebih pendiam dan suka berahsia. Itu belum lagi yang suka terasa hati dengan apa yang orang kata. Walapun anda bukan kategori ini, akan tetapi anda boleh spelajari untuk menjadi seperti ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen