Bila Berkahwin Dengan Wanita Berkerjaya Ini, Jangan Halang Mereka Untuk Lakukan Perkara Ini...

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang isteri yang bekerja bukanlah satu perkara yang asing lagi. Malah ramai sahaja suami yang memberi izin untuk isteri-isteri bekerja dengan bertujuan memberi keselesaan hidup buat keluarga mereka. Malah ada juga isteri-isteri yang dengan rela hati untuk membantu suaminya.

Nak-nak lagi isteri yang miliki pelajaran tinggi serta berkerjaya, tentu sahaja mereka ini ingin terus bekerja demi masa depan keluarga serta keselesaan hidup. Namun, para suami kena hadam sedikit nasihat dari Farizal Radzali ini.



Kepada lelaki yang ingin berkahwin dengan wanita berkerjaya atau berpendidikan tinggi atau yang memiliki keluarga yang bukan senang.

Ada masa kesian melihat wanita yang telah berpenat lelah belajar tinggi, menghabiskan duit dan masa belajar demi nak mengejar cita-cita. Tapi pengakhirannya duduk di rumah menjaga anak & keluarga dan mengharapkan duit belanja dari suami semata-mata hanya kerana suami tak mengizinkan dia bekerja. Pakailah baju lusuh, gunakanlah peralatan ala kadar kerana tiada duit poket sendiri.



Lagi kesian bila wanita tersebut mempunyai ibu bapa dan adik beradik yang susah yang sepatutnya dapat dia bantu dengan pendidikannya yang tinggi. Dulu masa belajar, ibu bapa ikat perut sebab nak bagi pendidikan kepada anak tersebut. Nak pulak anak sulung. Bangga kemain ibubapa bila anaknya dapat Ijazah. Dan walau tak diucap dengan kata-kata, semestinya ibubapa mengharapkan anak tersebut dapat membantu mereka dan adik-adik pula. Tapi disebabkan si anak berkahwin dengan suami yang tak mengizinkannya bekerja, maka ibubapa wanita tersebut terpaksalah bertungkus lumus terus bekerja demi kelangsungan hidup. Nak marah anak perempuan tak bekerja? Tak boleh sebab dia kena patuh pada suami.



Oleh yang demikian, kepada suami, silalah ada tolak ansur. Bila dah berkahwin, bukan isteri anda sahaja yang perlu menerima keluarga anda, anda juga perlu menerima keluarga isteri anda. Bila dah jadi keluarga, kenalah ambil tahu masalah keluarga mertua anda. Janganlah pentingkan diri sendiri. Kena ingat, tanpa ibubapa mertua anda, anda takkan dapat memperisterikan isteri anda sekarang. Melainkan anda punya pendapatan yang sangat lumayan hingga anda mampu menanggung keluarga ibubapa anda, keluarga mertua dan keluarga anda sendiri.

Dan janganlah pula bila isteri diizinkan bekerja, pendapatannya anda ambil pula. Janganlah abaikan nafkah yang sepatutnya anda bagi kepadanya. Ingatlah, bahagianya sebuah keluarga adalah kerana bahagianya isteri dalam rumah itu.



Kepada wanita juga, anda berhak memilih masa depan anda mahupun masa depan ibubapa anda. Tiada menantu yang memahami lebih baik selain dari anak kandung sendiri. Begitu juga tiada mertua yang memahami menantu selain dari ibubapa sendiri.

Betul, dalam Islam kewajiban mencari nafkah adalah tanggungjawab suami. Islam juga menggalakkan tolak ansur. Biarlah setiap org mendapat hak mereka masing-masing selagi tak melanggar perintah Allah swt. Jangan ego kononnya mengikut landasan Islam, nak tunjuk diri tu lebih berkuasa terhadap isteri atas nama Islam tapi hakikatnya anda mengenepikan hak mereka yang berhak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen