Asyik Nak Jaga Hati Isteri Sahaja, Bila Masa Pula Nak Jaga Hati Suami. Isteri-Isteri Jangan Lakukan Ini Kalau Nak Jaga Hati Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dalam perkahwinan ini, selalu sangat suami perlu menjaga hati isteri. Sebabnya, isteri itu dikatakan lorong rezeki rumah tangga, malah hatinya sangat sensitif. Sebab itulah kena lebih berhati-hati dengan isteri.

Namun bagaimana pula dengan suami?



Adakah mereka ini boleh sahaja dilupakan hati dan perasaannya malah hanya membiarkan segala rasa terkecil hati dan terluka itu sembuh sendiri? Sudah tentu tidak bukan. Ini kerana, walaupun apa pun suami itu adalah syurga buat isteri serta isteri perlu taat pada suaminya.



Ramai isteri-isteri serta wanita-wanita tidak tahu banyak mengenai suami ini. Apa perkara yang mudah melukakan hati mereka ini. Nak tahu, ini antara beberapa perkara yang membuat hati pasangan anda terluka.

1. Halang hobi dan pertikaikan minat mereka.

2. Menyindir suami di media sosial atau di khalayak ramai.

3. Pandang remah pada suami dan bermegah dengan diri sendiri.

4. Bercerita perkara buruk suami kepada orang lain.

5. Selalu ungkit kesilapan pasangan atau masa lalunya.

6. Tidak percaya pasangan dan selalu berfikiran negatif mengenai dirinya.

7. Suka mengarah-arah suami untuk lakukan kerja.

8. Menolak pelawaan suami.

9. Bandingkan pasangan dengan orang lain.

10. Bercakap kasar atau menggunakan nada tinggi kerana rasa tak puas hati.

11. Menghina atau merendahkan keluarga pasangan.

12. Tidak meminta maaf apabila melakukan kesalahan dan sentiasa merasakan dirinya betul.

13. Dahulukan orang lain berbanding pasangan.

14. Selalu rasa terpinggir apabila suami lebihkan ibu sendiri.

Mungkin suami tak menyatakan bahawa mereka ini berkecil atau terasa hati dengan sikap isterinya. Namun, sebagai isteri anda perlu sedar sendiri bahawa perkara tersebut akan melukakan hatinya.



Cuba kalau anda di tempat dirinya, tentu sahaja akan merasa perkara yang sama. Jangan disebabkan dia memberi layanan yang baik kepada anda, itu bermakna anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya itu.

Walau sesiapa pun suami anda dan apa pun diri anda itu, ingatlah bahawa dia itu syurga buat anda dan dia adalah ketua keluarga dalam keluarga yang kalian bina. Jangan sesekali mengabaikan dirinya hanya mementingkan diri anda sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen