Dalam Perjalanan Berumahtangga Nanti, Bukan Kenangan Masa Bercinta Yang Perlu Dibawa Akan Tetapi 2 Bekalan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perjalanan hidup dalam alam rumahtangga ini tak sama macam waktu bercinta. Kehidupan selepas berkahwin ini tersangatlah berbeza ketika bercinta. Ini kerana, anda tidak tahu apa yang akan terjadi pada akan datang. Di mana sampai bila jodoh kalian, malah apa ujian yang perlu dihadapi bersama.

Orang ingat, jika masa bercinta telah lakukan betul-betul, maka selepas kahwin nanti mudahlah semuanya. Salah itu, selepas berkahwin semuanya akan berbeza dengan bercinta. Di mana, masa bercinta anda tidak memiliki tanggungjawab, selepas kahwin tanggungjawab akan bertambah.



Ramai pasangan yang bercinta pada ketika ini tersangatlah all out ketika bercinta. Macam-macam sanggup dilakukan untuk menjaga hubungan yang belum pasti itu. Tak cukup dengan itu, kadang kala hubungan cinta itu makan masa yang tersangatlah lama. Boleh jadi ada yang bercinta sampai 10 atau 11 tahun, tapi tak perkahwinan mereka belum tentu mampu bertahan lama.

Sebab itulah bila nak berumahtangga ini ada bekalan yang perlu dibawa. Bukan bekalan kenangan yang anda akan imbas kembali selepas berkahwin. Segala kenangan semasa bercinta itu akan diditelan masa tak akan selamanya kekal diingatan anda.

Bekalan yang paling utama yang perlu dibawa kea lam rumahtangga ini adalah hati bukannya nafsu. Kalau perkahwinan hanya kerana nafsu maka semuanya akan berubah dengan mudah.



Bila pasangan dah tak cantik atau kacak macam dulu, mula nak cari yang lain.

Bila harta pasangan habis, mula takut hidup susah dengan pasangan.

Kalau hati yang dibawa dalam perkahwinan, tentu sahaja mampu menjadi pertahanan di dalam perjalanan perkahwinan ini. Tapi tak cukup kalau sekadar ada hati sahaja.

Sudah tentulah dalam bekalan perkahwinan ini, jangan dilupa untuk bawa Allah bersama dengan anda. Ini kerana, semua yang berlaku dalam hubungan anda antara suami isteri ini adalah dengan izin Allah.



Malah apa yang terjadi, macam pasangan curang, sakitkan hati, atau apa-apa sekali pun, kalau ingat Allah dan berserah kepadaNya tentu sahaja ia tak akan jadi masalah yang besar buat anda.

Tak cukup dengan itu, pengharapan yang anda berikan kepada manusia ini boleh hilang begitu sahaja bila-bila masa, akan tetapi pengharapan anda kepada Allah tentu sahaja akan bawa hingga ke akhir nafas anda.

Jadi dalam perkahwinan ini, jangan lupa untuk bawa hati dan Allah sebagai bekalan untuk menempuhi kehidupan berumahtangga yang kita tak tahu bila pengakhirannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen