Tahu Pinjam Tapi Tak Liat Nak Bayar. Hati-Hati Dengan Mereka Yang Miliki Ciri Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kalau dah meminjam bukan main liat lagi nak bayar, nak-nak lagi kalau yang meminjam itu adalah rakan-rakan anda juga. Itu yang selalu orang cakap, yang bagi pinjam akan meminta macam pengemis pula tuntut hutang yang diberi. Akan tetapi si peminjam buat tak tahu je.

Tak bagi pinjam fikirkan kawan tapi bila bagi pinjam memang tak nampak bayang dah selepas itu. Ini selalu sangat terjadi. Haa… buat korang yang bermurah hati sangat nak bagi pinjam dengan rakan-rakan itu, baik fikirkan dahulu kalau mereka mempunyai ciri-ciri seperti ini.



1. Jenis hidup mewah.

Biasanya orang macam ini memang malas nak bayar hutang, nak-nak lagi mereka ini akan menggunakan wang mereka untuk penuhi keinginan mereka jadi memang tak akan nampak bayanglah nak bayar hutang anda. Lainlah kalau dia datang nak meminjam lagi.

2. Belum bayar dah pinjam lagi.

Jenis orang macam ini hanya akan tambah hutang mereka sahaja. Di mana mereka ini akan buat-buat lupa akan hutang yang pernah dia lakukan dulu. Jadinya, dia akan datang selalu meminjam wang kepada anda dengan berharap anda melupakn hutang yang lalu. Ada juga orang yang macam ini.



3. Si drama air mata.

Kadang kala tak semua mereka yang anda bagi pinjam itu betul-betul susah. Kadang kala mereka ini hanya meminjam untuk penuhi keinginan mereka sahaja. Guna ayat-ayat sedih untuk pujuk anda tapi rupa-rupanya gunakan duit tersebut nak enjoy. Kalau mereka yang macam ini, anda perlu minta bukti dahulu baru bagi pinjam.

4. Yang muncul bila nak pinjam wang.

Tak pernah bertegur sapa dah lama dah, tiba-tiba datang jumpa sebab nak pinjam wang. Haa.. orang sebegini bahaya, boleh jadi nanti selepas dia pinjam akan hilang semula. Bukan tak bagi pinjam namun cuba fikirkan kalau dia tak pulang duit anda semula. Kalau rakan yang rapat pun boleh buat, inikan pula yang tak rapat macam ini.

5. Si peminjam Ahlong.

Paling bahaya dan anda perlu berhati-hati. Cuba bayangkan kalau anda juga akan terlibat sama nanti. Tak ke namanya sengaja cari masalah. Orang seperti ini kalau nak pinjam wang pun belum tentu dia akan bayar.

Ini adalah ciri-ciri orang yang tak akan bayar hutang anda, namun begitu kalau dia benar-benar terdesak bantu sahajalah dengan seikhlas hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen