Nak Cari Jodoh Saat Awal 20an, Pastikan Si Dia Miliki Ciri Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata saat terbaik untuk mencari calon pasangan hidup adalah saat umur mencecah 20an. Di mana pada usia ini sudah sesuai untuk menghalalkan hubungan malah ada yang sudah bersedia nak pikul tanggungjawab. Bahkan kalau lambat-lambat dalam usaha mencari jodoh nanti payah pula bukan.

Kalau orang lelaki rasanya tak ada masalah nak cari jodoh agak lewat sekali pun, ini kerana mereka ini mudah nak cari pasangan berbanding dengan orang perempuan. Dikatakan bahawa orang perempuan ini bila umurnya semakin meningkat maka semakin kecil lingkungan umur yang sesuai dengannya berbanding lelaki.



Namun begitu, buat wanita kalau nak cari jodoh dalam usia diawal 20an ini kenalah lihat berberapa ciri ini juga.

1. Seorang yang berdikari.

Kalau tak ada kerja yang sedap lagi tak apa, kalau tak ada gaji yang besar lagi tak mengapa. Akan tetapi diharapkan dia ini seorang yang berdikari barulah nanti dia tahu nak buat apa selepas kahwin. Di mana dia tahu bagaimana nak selesakan anak dan isterinya, malah tentu sahaja dia seorang yang akan sentiasa berusaha.

2. Seorang yang mahu mendengar.

Kalau dapat pasangan sebegini tentu sahaja akan mudah untuk memiliki komunikasi dua hala. Barulah dapat elakkan salah faham dengan mudah. Malah pasangan sebegini biasanya lebih matang dan tidak mementingkan ego mereka sendiri. Kan senang nak bawa bincang kalau pasangan seperti ini.



3. Boleh bergaul dengan orang sekeliling anda.

Senang nak terima rakan-rakan, ahli keluarga serta ibu bapa anda. Susah nak cari mereka yang seperti ini. Biasanya kalau boleh bergaul baik dengan ibu bapa belum tentu dapat terima rakan-rakan anda. Jadi cari mereka yang mudah bergaul dengan semua orang. Ala senang cerita cari yang mesra alam.



4. Tahu hormat anda dan juga keluarga.

Kata hormat itu nampak mudah tapi agak payah sebenarnya nak hormat seseorang. Tapi kalau dia tahu menghormati anda sebagai wanita dan juga ibu bapa serta ahli keluarga anda tanpa bercakap buruk di hadapan atau belakang anda, dia memang calon paling sesuai untuk anda.

5. Mempunyai cita-cita dalam hidup.

Biasanya kalau mereka yang ada cita-cita dan tujuan ini ada usaha nak maju ke depan. Dia tak nak duduk di tempat yang sama. Jadi dia pun mahukan pasangan yang snaggup susah dan senang bersama. Kalau begini, dia bakal menjadi suami yang terbaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen