Sebelum Nak Ikat Tali Pertunangan, Bincang 5 Perkara Ini Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda sudah ambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan di mana kalian akan saling kenal antara satu sama lain dengan lebih serius, maka anda perlu lakukan beberapa perkara sebelum itu. Ini kerana, perkara-perkara yang remeh macam ini akan menjadi satu alasan kalian tidak mampu ke langkah seterusnya.



Apa yang boleh anda lihat adalah, pertunangan ini biasanya melibatkan keluarga dan ibu bapa, jadi kalau pertunangan ini putus di tengah jalan bagaimana anda hendak berdepan perkara ini. Tentu ibu bapa anda akan lebih bimbang akan perkara yang terjadi.

Maka dengan itu, sebelum bertunang adalah lebih baik kalau anda berbincang dahulu dengan pasangan akan perkara-perkara ini.



1. Pandangan orang terdekat akan hubungan kalian.

Adakah keluarga kedua belah restu hubungan anda? Adakah rakan-rakan terima akan hubungan anda? Walaupun anda merasakan ia hanya hubungan anda berdua tanpa melibatkan orang lain, akan tetapi doa dari orang lain ini membantu untuk anda rasa bahagia, terutama dari orang sekeliling anda. Jadi pendapat-pendapat mereka penting untuk hubungan anda kekal bahagia.

2. Hubungan dengan keluarga.

Adakah ibu bapa merestui hubungan kalian berdua? Atapun sebaliknya? Hubungan dengan keluarga perlu baik terutama pasangan anda. Ini kerana, pasangan anda akan menjadi menantu dalam keluarga itu begitu juga dengan diri anda. Kalau dari awal hubungan sudah tak elok dan baik tentu akan menyukarkan lagi selepas kahwin nanti.

3. Berapa lama ikatan yang akan dibuat.

Orang kata tak elok bertunang lama-lama sangat, takut nanti tak kuat nak berdepan dengan ujian. Maka dengan itu, cuba bincang dahulu sebelum ikatan dibuat. Barulah kalian berdua akan lebih bersedia. Bukan itu sahaja, tak akan ada paksaan kalau salah seorang belum bersedia.



4. Kewangan.

Walaupun belum memiliki kestabilan dalam kewangan, itu bukan bermakna anda perlu batalkan niat untuk bertunang. Akan tetapi kesanggupan untuk anda kumpul duit dan saling berkerjasama dalam mengumpul wang kahwin itu adalah penting.

5. Masa silam dan masa depan.

Kalau boleh masing-masing jujur dengan rahsia masing-masing serta bincangkan akan perancangan masa depan. Barulah sama-sama memiliki tujuan yang sama serta boleh terima antara satu sama lain. Nak-nak lagi bab masa silam itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen