Ini Sebab Mengapa Lelaki Tiba-Tiba Tak Balas Pesanan Anda, Cuba Bersangka Baik Sikit.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada beribu alasan mengapa si dia tak membalas pesanan anda selama berhari-hari atau berjam-jam. Sampaikan anda tertanya-tanya ke mana dia menghilang atau dia sedang berlaku curang di belakang anda. Ada yang sampai call tak berjawab, mesej tak dibalas. Memang boleh pening kepala kalau tiba-tiba hilang macam ini.



Buat yang tertanya-tanya mengapa, ke mana dan apa yang terjadi. Ini alasan sebenar ke mana mereka ini menghilang. Jangan bimbang sangat okay!

Tonton bola.

Orang lelaki kalau dah tengok bola ini memang tak ingat apa dah. Mereka hanya fokuskan bola dan situasi di situ sahaja. Nak-nak lagi kalau dengan rakan-rakannya, memang dia akan lupa terus pada anda.

Sedang tidur.

Biasalah kalau kadang kala mereka ini tertidur, anda pun begitu juga. Jadi jangan bimbang sangat. Cuba bagi dia masa untuik berehat dan hilangkan letihnya. Kalau anda kacau ketika ini, nanti boleh berlaku salah faham pula.



Charge smartphonenya.

Kadang kala dia akan charge telefonnya di tempat yang sedikit berjauhan darinya. Di mana, kalau anda call atau mesej memang tak akan didengarinya. Jadi janganlah nak melenting secara tiba-tiba.

Bermain game.

Orang lelaki yang kaki game ini memang akan pilih game dulu berbanding kekasihnya. Kalau dengan isteri pun macam itu, inikan pula baru kekasih. Mereka ini sanggup je abaikan dan reject call dari anda.



Sedang luangkan masa bersama keluarga.

Ada orang yang tak suka diganggu saat bersama keluarganya. Bahkan kelihatan kurang sopan pula kalau anda mengganggunya. Maka dengan itu, lebih baik kalau dia bergaduh dengan anda berbanding mendapat pandangan sinis dari keluarganya.

Telefonnya hilang.

Boleh jadi telefon bimbitnya hilang, sebab itu tak mampu nak jawab call dan pesanan anda. Bersangka baik sahajalah dengan dirinya okay.

Kadang kala anda sahaja yang fikir lebih-lebih sedangkan, dia ada sahaja sedang sibuk dengan halnya sendiri. Orang lelaki pun nak buat hal mereka sendiri bukannya nak berkepit dengan anda sentiasa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen