Tak Nak Pisang Berbuah Dua Kali, Ini Langkah Buat Anda Yang Takut Mulakan Hubungan Baru.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesetengah daripada kita, akan berdepan dengan trauma jika hubungan terdahulu tidak menjadi dan menyebabkan dirinya terluka. Trauma ini membuatkan dia takut untuk menjalinkan satu hubungan yang baru malah merasakan dirinya akan tertindas lagi.

Apabila perasaan trauma ini begitu mendalam diri seseorang dia akan membuatkan dia takut dan tak mempercayai satu hubungan. Ini kerana, dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.



Hubungan yang bagaimana boleh beri kesan trauma kepada seseorang?

1. Penindasan
2. Toxic relationship
3. Kecurangan
4. Penipuan

Perkara-perkara bukan sahaja boleh berlaku buat mereka yang hanya bercinta sahaja tetapi lebih memberi kesan mendalam kepada mereka yang pernah mendirikan rumahtangga. Malah, biasanya wanita akan lebih terdedah dalam hal-hal sebegini. Maka dengan itu, jika anda pernah terlibat dalam hubungan sebegini hingga membuatkan anda takut untuk jalinkan hubungan semula, mungkin boleh cuba langkah ini.



Cuba untuk tonton drama yang berunsurkan percintaan serta romantik. Ini kerana, ia akan membuatkan anda terasa untuk bercinta dan membantu untuk anda percaya bahawa anda lagi cinta sejati di dunia ini. bukan itu sahaja, drama atau filem yang berunsur ini juga membuatkan anda terasa seperti bercinta juga.

Jika anda pandang bahawa hubungan ini dari sudut negatif, maka anda akan lihat semua perkara sebagai sudut negatif. Tapi kalau sebaliknya macam anda tengok bahawa hubungan ini mampu bina kasih sayang, mampu bina keluarga bahagia malah hubungan yang bahagia ini juga memberi anda semangat dan juga kekal positif.



Rasa tak boleh nak dekat dengan mereka yang berlawanan jantina? Haa… Tapi kalau nak timbulkan rasa percaya dalam hubungan anda kena memiliki ramai rakan yang berlawanan jantina. Dari sini anda akan perolehi bahawa tidak semua mereka ini miliki niat jahat atau tidak baik kelakukannya. Maka sedikit demi sedikit tentu akan membuka pintu hati anda.

Kalau anda tak nak hubungan anda berakhir dengan perkara yang sama, apa kata anda jangan ulangi kesilapan yang sama. Di mana jangan jadi yang sama seperti hubungan terdahulu. Pastikan anda lebih berani dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Perasaan takut ini kadang kala memang buat anda nampak lemah, tapi biasalah kalau perkara itu masih baru agak sukar untuk anda ambil langkah. Anda perlu pastikan diri anda bersedia dahulu untuk mulakan hubungan yang baru.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen