Bila Pasangan Anda Sedang Berbohong, Ini Body Language Yang Boleh Dirinya Terjerat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hubungan kejujuran itu tersangatlah penting, walaupun untuk hal-hal yang kecil. Ini kerana, kalau anda menganggap ianya mudah dan tak penting mungkin pasangan anda pula sebaliknya. Sebab itu dalam hubungan ini lebih baik jangan menipu pasangan.

Apabila anda mula menipu untuk satu perkara, kemungkinan anda akan terus menerus menipu pasangan anda. Bahkan, tentu anda takut kalau ditipu juga bukan. Apabila berlakunya penipuan dalam hubungan dan selepas itu terkantoi, maka hubungan akan hilang kepercayaan.



Tapi bagaimana nak tahu kalau pasangan anda itu menipu ataupun tidak? Ini kerana, kalau pasangan pandai menipu susah juga nak kantoikan penipuan dirinya.

Macam mana nak detect pasangan menipu, jom check ini.

1. Tiba-tiba alihkan pandangan.

Biasanya dalam satu perbualan, eye contact ini sangat memainkan peranan. Ini kerana, dengan eye contact yang menarik antara satu sama lain, perbualan akan terus tanpa rasa boring. Tapi kalau tiba-tiba dia alihkan pandangan mata selepas mengeluarkan satu ayat, haaa…. Ini kena hati-hati. Takut-takut dia sedang menipu anda.



2. Eh tiba-tiba gatal rambut atau telinga.

Mungkin tak semua yang menipu akan lakukan ini dan boleh jadi ia satu perbuatan yang berlaku serentak secara tiba-tiba. Tapi kalau pasangan anda menipu mereka akan gunakan taktik ini kerana ingin menutup cerita tersebut.

3. Paling mudah, ubah topik perbualan.

Senang nak tahu dia sedang menipu kalau dia tiba-tiba ubah topik perbualan. Boleh jadi aka nada unsur-unsur penipuan dalam perbualan tadi. Sebab itu dia tak nak teruskan takut terus menipu lebih banyak lagi.



4. Terlihat sedikit menyesal, dalam sedetik begitu.

Bila dia katakan sesuatu tiba-tiba dia menggerutkan dahinya. Ia mungkin sedikit kecewa dengan apa yang dia katakan sebentar tadi. Macam dia tak mahu katakan perkara tersebut tetapi terlepas kata. Macam gitulah.

5. Jari kelihatan tegang.

Dia seolah-olah stress dengan perbuatan dan pertanyaan dari anda. Itu yang menyebabkan jari jemarinya sedikit tegang. Di mana anda boleh lihat jika jarinya tak bergerak untuk satu jangka masa pendek macam terpaku sedikit.

Apa-apa pun, kalau rasa pasangan anda menipu, lebih baik bincang secara elok dengan pasangan anda itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen