Pakai Pendakap Gigi, Nampak Macam Cool & Ikut Trend, Tapi Ini Anda Perlu Tahu Dalam Menjaganya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekarang ini boleh dilihat bahawa pendakap gigi atau braces ini bukan lagi berfungsi sebagai rawatan untuk memperoleh susunan gigi yang teratur, tetapi kini dianggap fesyen atau aksesori bagi menghiasi gigi bertujuan memperlihatkan senyuman yang manis.

Malah ada yang menyatakan tak up-to-date lah kalau tak pakai braces ini. Jadi siapa yang memakainya dikatakan lebih stylo malah begitu mengikuti fesyen terkini, tapi tak pun.



Ada setengah orang yang memakai pendakap gigi beranggapan bahawa ia satu perkara yang mudah untuk dijaga. Salah! Ia memerlukan penjagaan yang lebih berbanding mereka yang tidak memakai pendakap gigi.

Penjagaan semasa memakai pendakap gigi amat dititikberatkan agar gigi tidak menjadi semakin rosak.

Sebagai contoh, sisa makanan dan plak akan lebih mudah terkumpul di sekeliling pendakap yang dipakai. Ini akan menyebabkan proses membersihkan gigi akan menjadi lebih susah. Pembersihan yang tidak sempurna boleh mengakibatkan gusi bengkak dan berlaku kerosakan gigi pada peringkat awal.

Ini adalah antara langkah penjagaan ketika memakai pendakap gigi.

1. Rajin memberus gigi

Memberus gigi merupakan rutin harian bagi setiap orang. Tetapi bagi anda yang memakai pendakap gigi, anda perlu memberus dengan lebih kerap.

Seeloknya anda perlulah menggunakan berus gigi yang khas untuk pendakap gigi agar sisa makanan pada celahan gigi dapat dibersihkan sepenuhnya.



2. Penggunaan mouthwasher

Selepas memberus gigi, anda digalakkan untuk menggunakan bahan kumur agar dapat membantu untuk membunuh bakteria.

Di samping itu, ia juga dapat membantu menyegarkan nafas anda. Ada sesetengah jenis bahan kumur dapat membantu dalam memutihkan gigi anda tetapi dengan penggunaan yang konsisten.

3. penggunaan flos

Kaedah flos ini agak leceh bagi sesetengah orang yang malas. Kaedah ini bagus diamalkan kerana ia bagus untuk membuang sebarang makanan di celah gigi dan biasakan untuk kawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi.

Akan tetapi flos gigi ini akan mengakibatkan gigi anda menjadi jarang. Seeloknya flos ini dibuat dalam seminggu sekali.



4. Elakkan makan makanan yang keras dan manis

Anda perlu mengelakkan daripada memakan makanan yang keras seperti kacang ataupun makanan yang manis seperti gula-gula kapas dan gula-gula getah kerana ia menyebabkan kerosakan pada pendakap gigi.

Selain itu, anda perlu mengelakkan minum minuman bergas kerana ia boleh menghakis permukaan gigi dan menyebabkan lapisan enamel menipis.

5. Penggunaan wax

Penggunaan wax ini adalah untuk melindungi pendakap yang tajam. Ini kerana apabila gigi bergerak besi pendakap gigi akan semakin memanjang.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan daripada bergesel yang boleh menyebabkan terjadinya ulser.

Oleh itu, moralnya jika memakai pendakap gigi untuk tujuan kesempurnaan gigi dan ia juga mungkin membuatkan senyum anda tampak unik, pertaruhkan usaha yang lebih untuk penjagaan dan hasilnya kelak pasti menggembirakan anda.

kesihatan & kecergasan braces pendakap gigi berus gigi cara penjagaan kekal bersih rajin jaga kebersihan elak makanan manis elak minuman bergas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen