5 Perkara Yang Lelaki Takut Kantoi. Jeng-Jeng-Jeng....

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu mempunyai rahsianya yang tersendiri. Baik orang lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya ada rahsia yang tidak mahu didedahkan, malah kalau rahsia ini kantoi tentu sahaja akan memberi kesan yang buruk kepada mereka berdua. Nak-nak lagi mereka yang sedang bercinta atau sudah menjadi suami isteri. Haaa… nak tahu apa rahsia mereka ini.



1. Rasa takut nak bertanggungjawab.

Surprisingly, salah satu perkara yang menakutkan bagi orang lelaki adalah untuk bertanggungjawab. Nak-nak lagi bila kekasih hati mereka ini meminta dirinya menjadi lebih serius dalam hubungan, itu bermakna dia perlu bertanggungjawab ke atas kekasihnya iaitu berkahwin. Ramai lelaki masih belum berani untuk berkahwin nak-nak lagi jika tak memiliki kewangan yang stabil.

2. Takut hilang pasangan berbanding rakan.

Ini sangat bagus sebenarnya, nak-nak lagi buat mereka yang dah berkahwin. Walaupun dia tak menyatakan bahawa dia takut akan kehilangan pasangannya di depan rakan-rakannya, tetapi sikapnya menunjukkan itu. Biasanya depan rakan sahaja mereka ini tunjuk berani tetapi bila dekat belakang bukan main lagi.



3. Stalking media sosial.

Bukan orang perempuan sahaja yang kuat stalk media sosial, orang lelaki pun sama sahaja. Mereka ini bukan sahaja stalk media sosial anda akan tetapi bekas kekasih anda serta bekas kekasih dirinya. Namun begitu, dia tentulah tak bagi tahu anda. Sebabnya tak nak lah nampak dia macam seorang yang kuat cemburu tapi memang pun.

4. Topik perbualan dengan rakan.

Jangan pernah fikir bahawa mereka ini akan kongsi topik perbualannya dengan anda bersama rakan-rakannya itu. Lebih baik anda tak perlu tahu, tapi percayalah bahawa ia mungkin mengenai bola, politik, motosikal, kereta ataupun perempuan. Eh, tapi baik tak payah tahu.



5. Apa yang ada di dalam telefon bimbitnya.

Cuba anda meminta dirinya untuk menyerahkan telefon bimbit kepada anda, tentu sahaja ia membimbangkan mereka. Mana tidaknya, di situ banyak rahsia yang anda tak perlu tahu dan mungkin akan mengejutkan anda. Bukan sebab mereka curang, boleh jadi ada sebab lain. Hati-hati!

Sebagai pasangan, tak semua perkara anda perlu tahu. Adalah lebih baik anda tak perlu tahu kerana ia mungkin akan menyakiti hati anda atau sebaliknya. Jadi biarkan mereka dengan privacy mereka, dan kalau sudah berlebihan barulah anda masuk campur.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen