Anda Okay Je Kalau Pasangan Tak Ada, Ataupun Cemas Bila Dia Tak Balas Mesej Anda. Ini Tanda Anda Terlalu Bergantung Pada Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai perwatakan yang berlainan bila jalani satu hubungan. Ada yang cool, ada yang terlalu bergantung dengan pasangan malah ada yang kalau taka da pun okay je. Agak-agak bila dalam satu hubungan anda seorang yang bagaimana?

Okay je kalau pasangan tak ada?

Tak boleh berjauhan dengan pasangan?


Mungkin bila secara kasarnya anda lihat anda ini seorang yang berdikari serta rasa okay je kalau tak ada pasangan, namun boleh jadi bila jalinkan hubungan lain pula. Kadang kala anda sendiri pun tak pasti yang mana bukan.

Bukan apa, kadang kala ada sesetengah pasangan suka kalau buah hatinya itu seorang yang pandai berdikari akan tetapi ada juga yang suka kalau pasangannya terlalu bergantung kepadanya. Jadi anda yang mana?



Ini antara tanda bahawa anda seorang yang terlalu bergantung kepada pasangan;

1. Anda merasakan bahawa anda dan pasangan adalah satu, di mana kalian tidak boleh berjauhan antara satu sama lain. Bagi anda pasangan ini akan saling bergantung.

2. Anda lebih berminat untuk selamatkan hubungan berbanding untuk perbaiki satu hubungan yang telah renggang.

3. Menghargai keputusan pasangan lebih berbanding keputusan sendiri. Anda takut kehilangan.

4. Terlalu takut jika ditinggalkan, jadi anda lebih sentiasa menjaga hati pasangan.

5. Tak boleh kalau pergi bersendirian. Ini bermakna kalau pasangan anda tak pergi anda pun tak pergi juga.

6. Sanggup korbankan apa yang anda minat demi pasangan. Apa-apa pun sanggup asalkan tak hilang dia.

7. Merasakan anda seorang yang begitu setia sedangkan anda takut kalau-kalau pasangan anda minta putus sebab kesalahan anda.

Tak salah pun nak terlalu bergantung dengan pasangan, tetapi cuba anda fikirkan kalau terlalu bergantung dan akhirnya hubungan kalian tak berakhir seperti yang anda harapkan. Tentu sahaja anda sukar untuk move on dan berdikari sendiri.



Malah, jika terlalu bergantung dengan pasangan ini boleh membuatkannya rimas. Tak salah pun kalau nak berdikari sikit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen