Bila Dah Ada 5 Tanda Ini, Bolehlah Kenalkan Dia Pada Ibu Bapa Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah atau tidak anda terfikir untuk membawa calon pilihan anda untuk berjumpa ibu bapa anda? Mungkin ibu bapa anda tahu akan hubungan kalian berdua namun begitu tentu bukan satu yang jelas bukan? Boleh jadi dia hanya menganggap kalian sebagai rakan sahaja tak lebih dari itu.

Jadi tentu anda ingin jelaskan kepada ibu bapa anda akan hubungan anda dengan pasangan anda. Di mana, nanti kalau ada yang bertanya dan ingin menyunting anda, ibu bapa anda sudah ada jawabannya. Jadi bila masa yang sesuai untuk perkara ini?



Bila dah ada 5 tanda ini;

1. Bila hubungan kalian dah mula serius.

Anda dan boleh nampak bahawa hubungan tersebut sudah serius, di mana anda merasakan bahawa si dia tak akan curang, anda pun tak akan curang. Tak ada dah benda yang remah, yang ada segalanya adalah perkara yang matang dan hubungan anda okay sahaja. Ini pun boleh dikatakan sebagai tanda yang sesuai.



2. Dia nak kenal dengan rakan-rakan anda.

Mungkin dah kenal tapi nak mula lepak sama, kira nak faham akan rakan-rakan anda. Sebabnya, jika berlaku apa-apa selepas ini bolehlah dirinya mencari rakan-rakan anda. Itu tujuan dirinya, namun boleh nampak bahawa dia memang betul-betul nakkan anda.

3. Lebih matang dan percaya antara satu sama lain.

Kalau dulu mungkin penuh dengan rasa curiga dan cemburu, tapi kini hubungan ini seolah-olah macam ada hala tuju. Maka dari situ boleh lihat bahawa kalian ini sudah matang dan percaya antara satu sama lain. Jadi rasanya, ini saat yang sesuai untuk anda bawanya berjumpa ibu bapa anda.



4. Mula berkongsi mengenai keluarga masing-masing.

Bila dia mula bertanya mengenai serba sedikit akan keluarga anda, malah dia ingin tahu mengenai adik beradik anda. Macam bagaimana keluarga anda ini, garang ke, tegas ataupun macam mana. Dari sini juga dia ingin lihat kalau-kalau dia itu boleh atau tidak untuk sekepala dengan ahli keluarga anda.



5. Mahu halalkan hubungan.

Kalau hubungan masih lagi macam main-main dan tak serius, lebih baik cukup sekadar keluarga anda tahu kalian berkawan. Akan tetapi kalau dia mula mengajak anda untuk berkahwin maka wajib anda bawa dia berjumpa dengan ibu bapa dan perkenalkan dengan mereka.

Bila ada 5 tanda ini barulah nampak hubungan itu kukuh, dan ibu bapa anda tentu sudah perhatikan calon menantu mereka. Maka dengan itu, pastikan bersedia dengan perkara ini dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen