Bila Berjauhan Bimbang Pasangan Curang Dalam Diam, Ini 4 Tanda Si Dia Masih Setia Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila duduk berjauhan dengan pasangan kadang kala sukar nak percaya akan kesetiaan dirinya. Ada yang sentiasa ragu-ragu dan selalu mencurigai pasangan sendiri. Walaupun, kadang kala pasangan itu memang betul setia dengan dirinya. Nak-nak lagi mereka yang jalinkan hubungan jarak jauh ini, nak percaya pasangan itu memang payah.



Mana tidaknya, pasangan jauh tak ada depan mata. Alah, yang ada depan mata pun boleh curang inikan pula yang berjauhan bukan. Sebab itu, setiap daripada anda perlu sentiasa berhati-hati. Jangan mudah sangat nak percaya pasangan. Namun begitu, kalau pasangan anda masih lagi lakukan 4 perkara ini walaupun berjauhan, itu maknanya dia masih setia.

Ini 4 perkara itu.



1. Tak abaikan anda.

Kalau tiba-tiba dia yang manja boleh berubah jadi singa, haa… ini sudah lain macam. Biasanya mereka yang tak curang ini akan layan anda sama sahaja macam masa mula-mula kenal. Tak ada pun gunakan pelbagai alasan sebab nak jauhkan diri dari anda atau abaikan anda.

2. Sentiasa teruja nak jumpa anda.

Paling jelas dan boleh nampak. Si dia akan sentiasa teruja untuk berjumpa anda. Tak rasalah yang jumpa anda ini buang masa atau dikatak tak sempat nak jumpa sebab sibuk. Kalau dia yang beria-ria nak jumpa anda walaupun pada ketika itu belum tiba masanya lagi, itu tandanya dia hanya masih setia pada anda. Tengoklah pasangan anda, macam ini ke tak?



3. Sibuk macam mana pun akan cari anda juga.

Walaupun hari tersebut dia sibuk dengan kerjanya dan letih menguruskan itu ini, namun begitu dia akan tetap cari anda juga. Walaupun sekadar nak bagitahu yang dia penat dan sibuk pada hari tersebut tetapi dia akan tetap cari anda juga. Kira macam sebelum dan selepas tutup mata dia nak anda tahu akan keadaan dirinya.



4. Berkongsi segala perkara.

Jika pasangan anda masih lagi suka berkongsi, bercakap dan berbual seperti biasa, nah… dia memang setia dengan anda. Namun, kalau nadanya pun macam nak tak nak je bercakap dengan anda, mungkin anda kena teliti akan dirinya.

Bila berjauhan dengan pasangan ini banyak benda yang akan anda bimbang dan ragukan. Namun begitu, jika anda mengenali pasangan anda dengan baik, tentu dengar bunyi suara pun anda sudah tahu keadaan hatinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen