Rupa-Rupanya... Lelaki Pandai Main Gitar Boleh Cairkan Hati Para Gadis.

Oleh: Zuzu Yasmine

Beruntunglah sesiapa punyai kekasih yang pandai main gitar. Biasanya orang yang pandai main gitar juga pandai menyanyi. Secara tidak langsung mereka ini sebenarnya seorang yang kreatif. Tapi betul ke gadis mudah cair bila jumpa lelaki yang pandai main gitar dan pandai nyanyi ni?



Kebanyakan gadis mengatakan lelaki yang pandai bermain gitar ini romantik. Ini kerana mereka akan bermain gitar pada masa lapang dan sering menyanyikan lagu buat pasangan mereka. Selain itu, mereka juga dikatakan pandai memujuk dan memahami hati si gadis. Mana tak nya, jika pasangan merajuk, dia pasti akan menujukan lagu romantic untuk memujuk hati si gadis yang sedang merajuk. Gadis mana yang tak gembira dan tersenyum apabila dilakukan begitu bukan?



Lelaki yang pandai bermain gitar juga ditafsirkan sebagai seorang yang istimewa kerana kelebihan ini bukan semua orang dapat. Tidak semua orang pandai bermain gitar. Apalagi menyanyi sambil bermain gitar. Bukan senang nak belajar main gitar ni kalau tak ada minat dan kebolehan tertentu bukan?

Nak cairkan hati gadis dengan hanya bermain gitar ni bukan sahaja perlu bermain gitar di depannya sahaja, namun ketika berbual di telefon juga. Si dia pasti tak lena tidur malam jika setiap hari anda memainkan lagu untuknya sebelum tidur. Boleh jadi nanti terbawa-bawa suara anda ke dalam mimpinya.



Namun begitu, lelaki yang pandai bermain gitar ni kebanyakannya sudah berpunya. Mana taknya, berebut-rebut gadis di luar sana ingin pikat hatinya. Buat lelaki pula, yang masih single tu bolehlah cuba belajar main gitar, mana tahu lepas ni ada gadis yang berkenan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen