Orang Perempuan Tahu Order Makanan Banyak-Banyak Je, Yang Akan Habiskan Lelaki. Ini Punca Lelaki Jadi Chubby Kerana Tolong Habiskan Makanan Pasangan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Perempuan sering saja craving nak makan sesuatu, itu lah ini lah. Selalunya bukan satu, tetapi dua tiga benda. Jarang pula kita dengar lelaki craving macam-macam seperti perempuan. Namun persoalannya habis ke dia makan semua yang dia craving tu?



Haa, selalunya tak habis pun. Sekadar ingin melepaskan rasa mengidam sahaja, makan sikit dah tak nak. Sebelum makan macam-macam dia order sampai penuh satu meja. Lelaki selalunya akan tanya, ‘mampu ke awak habiskan semua ni?’. Jawapannya mestilah mampu, tengah craving la katakan.



Sekali apabila makanan sampai, bermula dengan mengambil gambar untuk di upload ke insta story, kemudian mencuit sedikit sahaja setiap satu makanan. Selebihnya pasti aka nada ayat ‘saya dah tak nak la, awak habiskan ye?’. Begitulah selalunya, lelaki yang akan habiskan semua itu. Senang cerita sebagai lelaki, kalau pasangan anda sudah order bermacam hidangan, anda tak perlu order lagi, cukup sekadar habiskan makanan pasangan yang banyak itu.



Kadang-kadang lelaki semakin hari semakin boroi, semakin hari semakin chubby. Yalah selalu kena habiskan makanan si dia tapi tidak mengapa lah, sayang punya pasal kan. Gunung sanggup didaki, lautan sanggup direnangi, tak kan setakat nak habiskan makanan daripada membazir tak boleh kan.



Beruntunglah jika punyai teman lelaki atau suami yang sanggup menggemukkan diri demi melayan kerenah craving anda itu, sekurang-kurangnya dapat elakkan daripada membazir makanan tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai wanita, elakkan juga daripada terlalu ikutkan nafsu makan. Jika ada mengidam sesuatu, belilah berpada-pada sahaja jika tidak yakin boleh menghabiskannya. Berbelanjalah dengan bijak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen