Di Waktu Gembira Kita Hayati Muzik, Di Waktu Sedih Kita Hayati Lirik...

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak dapat dinafikan setiap orang mempunyai lagu kegemaran yang tersendiri. Sebenarnya lagu juga ada bermacam variasi iaitu lagu balada, lagu rancak, lagu rock, dan sebagainya. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dalam pemilihan lagu yang ingin didengari oleh telinga.


Sebagaimana sedia maklum, apabila kita sedang gembira, kita akan menikmati muzik. Jika lagunya rancak, kita akan turut menyanyi bersama, sambil menari keriangan. Tambahan pula jika lagu itu seakan dangdut atau lagu yang sering digunakan untuk tarian atau zumba, pasti kita akan turut sama melakukan pergerakan mengikut rentak lagu tersebut. Ada orang, pantang dengar lagu rancak kegemarannya, pasti badannya akan bergerak secara automatik. Ianya sukar dikawal jika anda sememangnya mempunyai minat terhadap sesuatu.



Namun perasankah anda apabila kita sedih, kita akan lebih kepada menghayati lirik dan bait-bait lagu tersebut. Biasanya dikala sedih, ada sahaja lagu sedih yang berkumandang di corong corong radio atau dari mana-mana, seakan memerli kita yang sememangnya sedang gulana. Jadi, apabila merasakan lagu itu sesuai atau kena dengan situasi yang sedang kita alami, contohnya baru sahaja berpisah dengan kekasih, jadi, secara tidak langsung kita akan menghayati lirik yang dilontarkan dalam lagu tersebut. Jika didengar di tempat umum, pastinya kita akan lebih memilih untuk menyembunyikan perasaan sedih itu, namun jika didengari sewaktu sendirian di bilik, pasti airmata akan merembes keluar tanpa disedari.



Benarlah sebenarnya lagu juga memainkan peranan dalam hidup kita. Ianya untuk mengekspresikan perasaan kita di samping meluahkan apa yang terpendam. Pernah dengar tak, orang sedih menyampaikan perasaannya melalui lagu? Sebab itu wujudnya dedikasi lagu. Jika anda perasan, dedikasi bermaksud menujukan sesuatu buat seseorang. Jadi, ada orang akan menujukan lagu kepada seseorang untuk menyampaikan perasaannya. Biasanya kerana malu untuk memberitahu secara terus.



Jadi, usahlah berasa hairan jika seseorang boleh menangis hanya kerana lagu. Berjuta-juta lagu yang wujud dan antaranya ada yang mengisahkan tentang diri kita atau kena dengan situasi kita. Jadi, jika anda dapati ada di antara rakan anda seakan cenderung kepada perkara ini, usahlah perlekehkan dia, mungkin itu cara dia menghapuskan sedihnya. Lain orang lain caranya kan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen