Jadi Ketua Keluarga Bukan Lesen Untuk Menindas Dan Mengambil Kesempatan !!

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang isteri itu tempatnya di sisi suami bukannya di kakinya, malah seorang suami adalah pelindung buat isteri dan anak-anaknya bukannya menindas mereka ini. Tugas suami itu nampak macam ringan jika dilihat hanya melalui mata kasar namun, sebenarnya agak berat beban yang dipikul.


Seorang suami, perlu tahu akan tugas dan tanggungjawabnya sebelum berkahwin lagi. Barulah, selepas berkahwin suami lebih mudah untuk bertimbang rasa dengan isteri malah boleh bertolak ansur.

Walaupun suami ini dikatakan sebagai ketua keluarga, tapi itu bukan alasan dia untuk ambil kesempatan dengan mempergunakan anak-anak dan isterinya. Ini kerana, anak dan isteri itu perlukan perlindungan darinya.

Sedikit pesanan daripada Mohd Fhais buat bakal-bakal suami dan mereka yang telah menjadi suami.



Jadi ketua keluarga bukan lesen untuk menindas dan mengambil kesempatan !!

Seringkali saya lihat seorang suami mengarah arah isterinya buat kerja seolah-olah isteri seperti pekerja bawahan sedangkan dalam agama suami yang patut buat kerja untuk isteri.

Tak kurang juga yang selalu layan isteri seperti bibik, tukang masak, pengasuh dan tukang sapu rumah semata-mata sedangkan apa yang dia buat tu bukan tanggungjawab tapi ehsan bantu suami kerana itu tanggungjawab suami sebenarnya.



Ramai juga suami yang tak tahu malu dengan isteri sendiri. Isteri pula yang kena keluar mencari nafkah sedangkan beri nafkah tu tanggungjawab suami. Macam terlupa pula hukum memberi nafkah ni wajib bagi lelaki. Bagi sikit tak apa janji bertanggungjawab.

Ada juga yang sikap penting diri sendiri. Isteri terkontang kanting seorang diri kat rumah urus anak, urus rumah, memasak sampai diri sendiri pun tak terurus sedangkan suami di luar rumah sedang ber me-time, melayan hobi, melepak kat kedai tengok bola. Ish..ish..



Suami sepatutnya tidak boleh abai isteri walau apa pun situasi. Baik fizikal, baik emosi dan baik mental isteri patut jadi perhatian utama. Bukan yang terakhir!

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Dah kahwin susah senang bersama, bukan you buat kerja i buat tak geti

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen