Isteri Suka Berleter Sebab Suami Suka Buat Salah, Nak Hentikan Bebelan Isteri... Cuba Cara Yang Dikongsi Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang lelaki tentu anda tak suka mendengar bebelan dan leteran dari seorang isteri bukan? Mana tidaknya leteran mereka ini dahlah berpanjangan malah kadang kala itu sampai besok pagi pun tak habis lagi. Memang sakit telingalah cerita dia.

Pernah tak anda cuba untuk buat isteri anda berhenti berleter? Bukan dengan melalui marah atau apa pun, akan tetapi lebih kepada cara yang menyenangkan hatinya. Selalunya kalau isteri mula membebel atau berleter ini, tentu ada sebab yang tersendiri.



Jadi macam mana nak buat isteri berhenti dari leteran dan bebelan yang panjang? Jom sama-sama ikut cara yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini. Memang membantu!

Leteran isteri tu sebenarnya kesalahan suami!!!

Yang dibebelkan orang perempuan, yang dileterkan isteri itu sebenarnya semua kesalahan kita sebagai seorang suami...

"Abang, abang p mana tadi lepas balik kerja...? saya call abang tak angkat, saya mesej abang tak balas...sekarang baru abang balik, dah pukul brapa dah? Lauk yang saya masak pun dah sejuk...anak-anak asyik tanya je bila abang nak sampai rrumah...kesian kat diorang...tertunggu-tunggu ayahnya balik kerja...ayah dia pulak, boleh singgah melepak dengan kawan-kawan...lain kali bagitahu awal-awal la yang awak akan balik lambat...saya dengan anak-anak boleh makan dulu, tak payah tunggu abang...ini tak, diam macam tu saja...saya ni takut jadi apa-apa ja kat abang tu..."



Tu diaaa...panjang berjela dia berleter...

Berapa kesalahan yang ada dileteran diatas?

1. Balik lambat tak bagitahu
2. Call tak angkat
3. Mesej tak balas
4. Singgah melepak sebelum balik rrumah
5. Buat anak bini tertunggu-tunggu
6. Bagi dia risau

6 kesalahan dalam satu leteran...cuba kalau kita bagitahu siap-siap pada isteri yang kita akan lewat sakit sampai ke rrumah disebabkan nak singgah melepak sekejap dengan kawan-kawan dan suruh dia makan dulu, tak payah tunggu...takpun takpayah masak malam ni, kita makan kat kedai dengan kawan-kawan...kalau dia nak pesan makanan, kita boleh bungkuskan untuk dia dan anak-anak...



Bagitahu in advance...

Agak-agak sampai rumah nnt, dia akan berleter tak...dia dah tahu ke mana kita pergi, dia dah tahu yang kita akan balik lmbat, dia takperlu tunggu dan dia takperlu risau...

Dia tahu status laki dia...

Tak susah pun nak handle orang perempuan, saya takpernah kena berleter lagi sejak dari kawin sampai sekarang disebabkan tiada point atau modal untuk isteri berleter pada saya...semuanya saya inform siap-siap sebelum melakukan sesuatu...

Sebelum nak pegang hp, rrumah dah siap kemas, baju dah sidai atau lipat, pinggan mangkuk dah dibasuh...setel semua kerja-kerja rumah, dah sembang dengan isteri, dah main dengan anak-anak, dah ajar anak kerja skolah, then baru pegang hp...



Bila semua tu kita dah buat, maka apa lagi yang tinggal untuk dia berleter...Nothing...jadi bila isteri berleter, dengar betul-betul leteran dia kerana di leteran itulah tersenarai salah silap kita yang perlu kita perbaiki...

Esoknya, buat seperti yang dia nak...bila kita dah selalu buat macam ni, maka tiada lagi leteran yang akan kita dengar...

Mudahkan? Orang laki kena jadi bijak ja untuk handle isteri...baru hidup aman damai...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen