Tarik Pehatian si Jejaka Dengan 5 Perkara Menarik Mengenai Anda, Tapi Jangan Over Sangat Okay.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini dia pemalu, bila suka memang tak akan cakaplah melainkan kalau ada yang bertanya. Nak luahkan perasaan dekat seseorang pun mereka ini rasa kurang yakin, nak-nak lagi kalau dia yang perlu memulakan dahulu.

Kadang kala mereka ini tidak mahu dicop sebagai perigi mencari timba, walaupun umur semakin meningkat mereka masih tidak mahu mulakan langkah dahulu. Betulah orang kata, kalau nak luahkan perasaan ini kena betul-betul berani dan bersedia, tapi orang perempuan bukan macam itu.



Haa… kalau tak dapat nak luahkan perasaan anda, apa kata kalau anda buat dirinya tertarik dengan anda. Itu lagi mudah bukan sebenarnya? Akan tetapi kalau nak tarik perhatian si jejaka ini anda perlulah miliki keyakinan, jangan nak takut-takut pula. Macam mana?

1. Gunakan senyuman dan tawa anda.

Bukan nak tunjuk yang anda gedik ataupun ketawa buat-buat sebab nak tarik perhatian lelaki. Akan tetapi ketawa dan senyumlah dengan ikhlas. Ini kerana, senyuman dan tawa yang ikhlas itu lebih cantik dan manis bila kena waktunya. Haa.. lepas ini jangan nak masam-masam sangat muka itu.



2. Sopan santun.

Mana-mana lelaki tentu suka akan orang perempuan yang sopan santun serta tahu hormat orang lain. Bukan orang lelaki je yang suka, ibu bapa lelaki pun suka juga kalau anda seperti itu. Jadi cuba kawal tingkah laku dan jadilah sopan santun sedikit. Ini pun mampu tarik perhatian jejaka.



3. Cara berkomunikasi.

Jangan terlalu gedik, bahkan jangan terlalu manja. Akan tetapi lebih kepada biasa-biasa sahaja. Walaupun anda nak tarik perhatian si jejaka jangan gunakan perkara-perkara sebegitu. Ini hanya akan membuatkan orang lelaki rasa tak selesa sahaja bersama anda.

4. Hati Nurani anda.

Setiap orang akan ada sudut baiknya. Apabila di depan seseorang, jangan takut kalau nak serlahkan perkara ini. Mungkin kadang kala anda bingung nak lakukan bagaimana, akan tetapi sepontan dan tidak berpura-pura itu lebih baik sebenarnya. Jadi hati Nurani anda bagaimana?



5. Keunikan diri anda.

Setiap orang itu ada keunikan yang tersendiri. Cuba cari keunikan anda itu dan serlahkannya. Dengan keunikan anda itu, tak mustahil dia akan perasan kehadiran anda.

Bila tak mampu luahkan, maka anda perlulah bijak nak pikat hatinya. Namun begitu, jangan pula anda kelihatan seperti tergedik-gedik atau terdesak. Cuba untuk chill sikit okay!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen