Tiba-Tiba Dugaan Datang Menyerang. Ini Antara Dugaan Saat Tiba Majlis Perkahwinan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kalau ramai yang beranggapan dugaan nak kekalkan hubungan cinta ini paling sukar. Orang kata kalau bercinta mestilah nak sampai ke jinjang pelamin. Akan tetapi bukan dugaan bercinta yang susah, tetapi kalau nak halalkan hubungan itu lagi perit dan sukar.

Mana tidaknya, bila nak halalkan hubungan ini, bukan pasangan sahaja yang mula menggugat akan tetapi syaitan akan terus berbisik untuk menggugat hati dan iman seseorang. Syaitan paling benci mereka-mereka yang membina hubungan yang halal ini.



Antara dugaan yang tak terduga akan anda lalui adalah…

1. Bekas kekasih akan tiba-tiba datang.

Kalau cinta pertama ini memang akan sangat terasalah cerita dia. Ramai orang yang kalah dengan cinta pertama. Jadi kalau bekas kekasih anda itu adalah cinta pertama anda, maka kuatkan hati dan fikirkan mana yang terbaik buat anda. Jangan cepat sangat goyang pula.




2. Kewangan tak stabil.

Kalau sebelum ini kewangan itu elok sahaja, jangan tak sangka kalau tiba-tiba kewangan mula goyang. Bahkan mungkin duit kahwin tak cukup. Haa… masa inilah anda merasakan pasangan tak seriuslah. Masa inilah anda rasa pasangan tak mampu ikut kemahuan anda dan pelbagai lagi.

3. Mula ragu-ragu dengan pasangan.

Ini pun selalu terjadi juga. Mulalah rasa pasangan itu ada orang lain, pasangan curang, pasangan itu dan ini. Walaupun sekadar mainan perasaan sahaja, akan tetapi ramai yang tertewas akan perkara ini. Nak-nak lagi kalau sebelum ini pasangannya banyak kes curang dan tipu, lagi lah mudah.



4. Selalu bertengkar.

Semakin dekat perkahwinan, maka semakin banyak pertengkaran dan salah faham yang akan timbul. Masa ini macam kalian tak mampu nak capai sefahaman yang sama. Asyik nak bergaduh sahaja kerjanya, nak-nak lagi stress dengan persiapan perkahwinan.

5. Mula berubah hati.

Jumpa pula yang lebih baik dari pasangan untuk pelbagai segi. Mula lah rasa ragu-ragu nak teruskan hubungan atau pilih yang baru datang itu. Biasanya yang baru datang ini adalah yang terbaik, itu yang membuatkan hati mudah rasa ragu-ragu.

Apa-apa pun, dugaan yang datang itu boleh datang pelbagai bentuk. Sama ada ia sekadar dugaan ataupun datang untuk menguji jodoh kalian berdua. Siapa tahu bukan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen