Buat Yang Nak Mendirikan Rumahtangga, Keluarga Mertua. Sama-Sama Hadam Nasihat Dari Hakim Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pergolakan dalam rumahtangga itu adalah adat dalam sesebuah rumahtangga. Akan tetapi bagaimana nak harunginya, kalau setiap pasangan tak cuba untuk perbaiki ataupun nak cuba memahami pasangan. Kadang kala, pergolakkan itu bukan hanya berpunca dari kedua pasangan itu sahaja, akan tetapi ia juga berpunca dari orang sekeliling serta keadaan yang mendesak seperti kewangan, keselesaan hidup serta keinginan yang tinggi.


Jika selalunya kita hanya dengar-dengar sahaja, namun sudah tentu buat yang bujang tak pernah berdepan akan perkara sebegini bukan. Akan tetapi ada nasihat yang perlu anda fahami dan hadam sebelum nak jejak kaki ke alam rumah tangga. Nasihat ini sesuai buat suami isteri serta keluarga mertua itu sendiri.

Ini 9 nasihat dari seorang Hakim yang mengendalikan satu kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah. Semoga bermanfaat buat semua.

1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda. Sebaiknya, minta mereka berpindah walaupun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan.

2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda. Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini hanya Ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya saja fikir dia nanti.



3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda. Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.

4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.

5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.



6. Cucu anda adalah hak mutlak Ibu dan bapa mereka. Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.

7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.



8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, "It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don't let your wealth become worthless to you.'

9. Cucu bukan milik anda. Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda.

Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik makcik keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen