Jadi Isteri Kena Selalu Bersyukur Dengan Apa Yang Suami Beri. Sikit Ke Banyak Ke, Tetap Kena Bersyukur. Barulah Rumahtangga Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jadi orang perempuan ini memang banyak kemahuannya. Malah kemahuannnya itu lebih berdasarkan kehendak bukannya keperluan. Ketika sebelum berkahwin, mungkin perkara ini tak akan menjadi masalah sebab ibu bapa tahu menguruskan keinginan dan kehendak anda. Malah apa yang anda inginkan tentu sahaja akan diturutkan.


Begitu juga selepas anda tahu berdikari, di mana wang gaji anda akan habis dengan keinginan anda sendiri. Bukan taka da simpanan tetapi lebih memilih untuk penuhi keinginan dan kehendak anda. Tapi tak apalah wang anda sendiri bukan, anda yang bersusah payah untuk memilikinya.



Akan tetapi selepas berkahwin, suami akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anda. Dari segi nafkah, tempat, tinggal serta makan dan minum itu semua bawah tanggungan suami. Kalau anda berkerja mungkin wang anda itu boleh beli apa yang anda inginkan, tetapi jika anda tidak berkerja dan hanya suri rumah tentu anda mempunyai banyak benda yang dinginkan.

Bila dah jadi isteri ini, anda kena belajar bersyukur. Nak-nak lagi kalau anda bukan kahwin dengan orang kaya. Di mana, suami anda sekarang ini sedang cuba yang terbaik untuk beri kehidupan yang selesa buat anda. Malah dirinya juga sudah berhempas pulas penuhi keinginan anda. Jangan pula anda lihat kurangnya dia.



Bukan suami anda tak mahu belikan apa yang anda mahukan, tentu sahaja kalau dia miliki wang yang cukup dia akan turutkan segala keinginan anda, akan tetapi itu semua di luar kemampuan dirinya. Jadi sebagai isteri, jangan banding-bandingkan suami dengan suami orang lain. Lebih baik hargai apa yang suami telah lakukan buat anda.

Jadi seorang isteri ini kena terima siapa suami anda itu. Mungkin dia tak mampu bahagiakan anda dengan wang ringgit, tetapi dia ada masa untuk bersama dengan anda. Bahkan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam segala hal, nak-nak lagi bab menguruskan rumah dan anak-anak, bukankah itu lebih membahagiakan.

Sebagai isteri, anda seharusnya terima seadanya suami itu. Bukan ke masa bercinta anda sudah berjanji sanggup susah senang bersamanya. Mengapa selepas berkahwin baru sedar kekurangan suami. Bila anda terima suami seadanya, barulah lebih bahagia rumahtangga anda.



Tak cukup dengan itu sahaja, hargai setiap kemampuan suami. Mungkin dia tak mampu sediakan rumah yang besar buat anda tetapi di rumah anda ini dia mampu jalankan tanggungjawabnya dengan baik. Dia mampu jadi suami dan ayah yang baik buat anda serta anak-anak. Tak cukup dengan itu, dia mampu memahami anda dengan cukup baik. Bukankah itu lebih baik?

Jadi isteri kena selalu bersyukur. Susah senang anda terus bersama suami, pasti aka nada kebahagiaan menanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen