Nak Isteri Mudah Dengar Kata & Terima Teguran Dengan Baik, Lihat Bagaimana Cara Anda Menegurnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang suami, tugas anda tentulah mendidik dan membimbing dirinya. Bukan mudah, akan tetapi itulah tugas seorang suami. Malah, suami juga perlu sabar akan karenah isteri yang kadang kala akan menduga hati suami.


Macam-macam karenah isteri yang kadang kala akan menduga hati suami. Sebab itu mereka ini perlukan bimbingan dan teguran yang baik dari seorang suaminya. Sebab itulah, kalau anda nak tahu bagaimana anda membimbing isteri melalui teguran dan cara teguran itu yang akan membentuk peribadi isteri anda.

Sebab itu sering kali diingatkan bahawa suami perlu menegur isteri secara elok, jangan menegur isteri dengan menengking atau meninggi suara dengannya.



Mengapa?

Sebabnya, jika anda menggunakan cara meninggi suara sebagai bimbingan dan teguran kepada isteri anda, tak mustahil bahawa anda akan berdepan masalah sendiri. Di mana, isteri anda akan menjadi seorang yang lebih keras malah sukar untuk terima teguran dari anda. Lama kelamaan, dia juga akan berani untuk melawan kata-kata anda.



Berlainan pula jika anda menggunakan nada yang lembut dan mudah untuk diterima isteri anda. Di mana, isteri ini kalau suaminya gunakan nada yang lembut dia akan lebih cepat tersedar dan memperbaiki silapnya. Malah, dia juga akan sentiasa menerima teguran daripada suami dengan hati yang terbuka. Kalau isteri merajuk sikit-sikit sebab kena tegur itu, suami kenalah pandai pujuk.

Pernah lihat suami-suami Malukan isteri depan orang ramai? Tentu sahaja bukan. Di sini, walaupun anda ingin menunjukkan bahawa anda yang paling berkuasa dalam rumahtangga akan tetapi anda telah memalukan isteri anda. Maka dengan itu, tak mustahil kalau isteri anda itu akan lakukan perkara yang sama kepada diri anda. Bukan ke ia akan semakin merumitkan.



Nak bimbing isteri ini mudah sahaja sebenarnya, kalau anda tidak mahu isteri tinggi suara dengan anda maka jangan lakukan itu terhadap dirinya. Kalau anda tak mahu isteri memalukan anda depan rakan-rakan atau ahli keluarga anda, maka jangan lakukan perkara itu juga kepada dirinya.

Apa yang anda rasa kalau perkara tersebut tidak anda sukai kalau terkena diri anda, maka jangan lakukan itu terhadap pasangan anda. Mudah bukan? Cuma anda sahaja yang merumitkan keadaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen