Buat Wanita Berkerjaya, Lelaki Mungkin Takut Nak Mendekati Anda Tetapi Anda Boleh Buat Mereka Jatuh Cinta Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya orang lelaki akan takut untuk melihat mendekati wanita yang berkerjaya ini. Bagi mereka, wanita ini tidak akan memandang lelaki yang biasa-biasa seperti mereka, malah wanita ini juga akan mencari pasangan yang setaraf dengan mereka.

Ini selalunya tanggapan lelaki terhadap wanita berkerjaya, namun begitu ramai sahaja wanita berkerjaya ini menerima lelaki yang biasa-biasa. Apa yang wanita harapkan adalah kasih sayang, kesetiaan, dan tanggungjawab sahaja.


Namun begitu, wanita yang berkerjaya ini jangan bimbang. Ada sahaja jodoh yang akan datang menanti anda nanti jika anda sabar berusaha mencari pasangan. Namun begitu, pastikan anda terapkan perkara ini dalam diri anda.

1. Jangan kelihatan terdesak.

Ini adalah perkara yang paling penting. Di mana, umur yang meningkat dan segala pertanyaan orang sekeliling mungkin akan membuatkan anda kelihatan sedikit terdesak untuk memiliki pasangan, namun begitu jangan tunjukkan sikap ini kepada pasangan anda kerana ia akan membuat anda dipandang rendah.



2. Jangan terlalu over.

Bila anda terlalu over, mungkin seseorang yang berkenalan dengan anda itu akan terasa rimas. Mana tidaknya, anda akan kelihatan mendesak dan mengejar dirinya. Sepatutnya anda hanya ikut sahaja aturan tanpa perlu tergopoh gapah.

3. Be yourself.

Sehebat mana pun diri anda, jangan lupa untuk jadi diri sendiri. Di mana kalau anda menjadi diri sendiri orang akan lebih mudah untuk menerima anda berbanding jika anda berpura-pura menjadi orang lain. Ini kerana, menjadi diri sendiri itu akan jelas terpancar kejujuran dan keikhlasan yang ada dalam diri anda.



4. Good manners.

Jika anda berkerjaya tetapi anda tidak mempunyai kelakuan yang baik pun orang tak pandang anda juga. Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah, jadi seorang yang berbudi bahasa, tahu menghormati orang lain malah yang paling penting adalah tahu beradab dengan sesiapa pun.

5. Think first talk later.

Jangan main cakap sebarangan sahaja, akan tetapi fikir dahulu apa yang anda mahu katakan sebelum meluahkannya. Ini kerana, kadang kala orang boleh salah faham dan tidak sependapat dengan diri anda, itu yang membuatkan anda sepatutnya berfikir dahulu sebelum berkata-kata, barulah orang tak terasa hati dengan anda.

Buat wanita berkerjaya, semoga berjaya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen