Cinta Itu Ibarat Kupu-Kupu, Makin Dikejar Makin Jauh....

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila kita mula rasa suka dekat seseoang, kita akan mula mengejar dirinya. Malah kadang kala, kita akan berusaha untuk mendapatkan dirinya walaupun orang tersebut telah menolak anda banyak kali. Bukan itu sahaja, kadang kala bila sudah berjaya memilikinya pun kadang kala anda tak berjaya untuk mengekalkan anda selamanya di sisi bukan.


Cinta itu kadang kala ibarat kupu-kupu yang bebas berterbangan. Di mana, semakin anda kejar semakin terbang jauh akan tetapi apabila tidak dikejar ia akan hinggap di dekat anda. Begitu mengelirukan bukan? Ketika cinta berbalas, dirasakan seperti dunia itu miliki kita akan tetapi jika tidak dibalas malah dilukakan seperti ia pengakhiran dalam hidup kita.



Masa bercinta, anda ingatkan dia adalah jodoh sebenar anda. Anda merasakan anda telah menemui jodoh anda yang sebenar. Itu yang membuatkan anda tidak menghiraukan mereka yang datang menghampiri malah hanya memfokuskan hanya orang yang anda cintai. Namun begitu, siapa sangka rupanya ia datang sekadar sementara sahaja bukannya untuk selamanya. Dia bukan jodoh anda tetapi tempat memberi anda pengajaran mengenai percintaan.

Siapa sangka, dengan ikatan pertunangan pun seseorang yang anda cintai itu boleh terlepas ke tangan orang lain. Walaupun anda mengikatnya dengan cara seperti ini sekali pun, tetapi sudah dia bukan jodoh anda maka tetaplah bukan dia jodoh anda. Waktu bertunang itu adalah waktu anda saling mengenali, kalau rasa tak serasi maka boleh diputuskan, akan tetapi orang ingat bila sudah bertunangan maka perlu kahwin.



Boleh jadi anda ini sekadar untuk persinggahan sahaja semantara berjumpa dengan seseorang yang tepat. Tak kiralah anda menyayangi dan mencintai sedalam mana sekali pun, kalau dia itu bukan jodoh buat anda maka bukanlah. Seseorang yang tepat akan hadir dan akan kekal setia di sisi anda dalam apa jua keadaan, jadi bersabarlah.

Jangan takut kalau ketika ini anda hanya sekadar persinggahan sahaja. Kerana, percayalah setiap penantian anda itu pasti akan membuahkan hasil. Sabar dan teruskan berusaha untuk berjumpa dengan seseorang yang tepat buat anda. Dalam menanti itu, jangan lupa untuk berusaha untuk memperbaiki diri anda. Mana tahu dengan itu, dia yang hadir selepas ini akan terus kekal di sisi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen